boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 8-Jan-2009 23:34 Email | Share | | Bookmark
MUFFIN PANDAN

muffin pandan
ha ...boxhousestudio masih buat muffin lagi..even semalam pun buat muffin juga muffin pisang..bukan apa seronok tengok apa yang dibuat menjadi dan naik bumbung...resepi pun bagus-bagus..yang muffin kelapa ni masa gi melawat fp rinnchan..katanya sesuai untuk orang tua-tua ...tapi sebenarnya orang muda pun suka...yang buat lagi sedap tu boxhousestudio rasa sebab ada bubuh 200 ml santan kelapa kotak ....tu yang buat lemak tu.. .jom tengok resepi....


Quote:

MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.



nak ke?


Wednesday, 7-Jan-2009 23:35 Email | Share | | Bookmark
MUFFIN PRUNE RINNCHAN

muffin prune

kelmarin singgah kat fp rinnchan...teringin rasa nak makan muffin lalu boxhousestudio pun cuba...buat dalam cup kertas yang besar dapat 11 biji...boxhousestudio isi hampir penuh...suka tengok kat oven masa muffin naik gebus cam gitu...

Quote:

MUFFIN PRUNE
Adapted from : "Classic Blueberry Muffins" of Cupcakes & Muffins R&R Publications

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 tsp baking powder
1/3 cawan gula castor
Secubit garam
2 biji telur, dipukul seketika
1 cawan susu segar
60g butter, dicairkan
130g pitted prunes, dihiris kasar

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200 darj cel. Sediakan paperliners dalam muffin tray.
2. Ayak tepung naik sendiri, bakingpowder dan secubit garam ke dalam sebuah mangkuk.
3. Campurkan gula dan prune ke adunan tepung tadi. Gunakan whisker utk menggaulnya sebentar sahaja.
4. Di dalam bekas yang lain, campurkan telur, susu dan butter cair. Kacau seketika.
5. Tuang bahan basah ke bahan kering dan gaul sekadar kedua-dua bahan bercampur.
6. Sudukan adunan ke dalam paperliners dan bakar selama 20min - 30min.



cedap...


Tuesday, 6-Jan-2009 23:37 Email | Share | | Bookmark
MAKAN TENGAHARI DENGAN ADIK BERADIK PADA 1 HB MUHARRAM 1430

makan-makan
set pecal
sayur goreng campur
View all 12 photos...

set lauk pauk ni mil yang masak, mil ni rajin bebenor bab bab lauk pauk ni...
Quote:

MENU
00. nasi putih
01. gulai lemak pucuk ubi
02. pecal
03. sambal tumis sotong
04. goreng ikan kembong kecil
05. goreng ikan bawal
06. ulam-ulaman
07. sambal belacan
08. rendang daging rempah
09. ayam masak merah
10. sayur goreng campur
11. goreng berlada ikan bilis ngan kentang
12. ayam goreng
13. ikan tamban goreng (courtesy from zaitgha, day before dia singgah umah ngan famili dari lumut bercuti)

BUAH-BUAHAN
01. tembikai
02. pisang berangan

MINUMAN
01. ais oren
02. teh o panas

PEMANIS MULUT
01. kek buah kukus ( anie my adik ipar bawak )



set-pecal


ulam-ulaman dan sambal belacan (belacan datang dari utara, yang biasa orang bubuh bila buat laksa utara tu...taufik cikgu tuition rizqin yang bagi)


mak kita suka rendang ni...


baca yassin dan doa selamat diketuai oleh ayah mertua ...untuk rizwan yang dapat 5A masa UPSR baru baru ne...untuk Rizqin yang dah masuk tingkatan 5 dan balik ke asrama di SDAR, Sg Gadut N9, untuk kanda yang tengah sambung belajar dan untuk boxhousestudio juga, oh ya our anniversary masuk sekali dalam list ni..jatuh pada tarikh, di tahun hijrah ne dan untuk mak KL yang sambut hari jadinya pada 28-12-2008 - Happy Birthday mak ku sayang... Terima kasih mak mertua dan ayah mertua yang tolong masak lauk-pauk, depa berdua ni selalu berduet macam belangkas...boxhousestudio memang respect habeh...tabik hormat tul..he he he.....boxhousestudio pulak waktu tu sibuk siapkan order untuk rakan-rakan .....pada mak KL dan abah KL yang tidur kat umah dua hari...harap abah rajin-rajin makan ubat dan banyak kan rehat k,...anak-anak boxhousestudio suka sangat bila tengok tok opahnya tidur kat rumah ne..syiok tengok depa borak-borak, pada adik-adik dan adik-adik ipar, pada anak-anak saudara semua yang sudi datang ke umah Boxhousestudio untuk meraikan majlis bersama-sama, terima kasih banyak-banyak kerana susah payah datang dari jauh-jauh...lain kali kita buat makan-makan lagi.....Boxhousestudio and family happy sangat-sangat menyambut kedatangan semua


Sunday, 4-Jan-2009 15:55 Email | Share | | Bookmark
DINI IS 4 - MINAT PRINCESS & UNCLE HASRUL DINI YANG BAIK HATI..

disney princess
chocolate cupcakes with fondant butterflies
selamat hari jadi dini
View all 8 photos...
Pada yang bekerja di pejabat, bila datang cuti-cuti panjang di akhir tahun macam gini, berbagai aktiviti di adakan, samaada balik kampung berjumpa ibu bapa, bawa keluarga berjalan-jalan atau mengadakan khenduri or makan-makan menyambut hari jadi dan memacam lagi..semuanya untuk mengeratkan lagi ikatan sllaturahim sesama keluarga...


ini percubaan pertama boxhousestudio menggunakan edible image, fuh..berdebar... nak lukis sendiri takut tak cukup masa... ..uncle dini, hasrul tanya pada boxhousestudio...boleh ke tolong buatkan cupcakes?....boxhousestudio kata boleh.....hasrul kata dia nak yang bertemakan kanak-kanak..boleh saja...pastu hasrul tanya lagi...boleh dak buat kan kek besar?...boleh...tapi nak warna pink dan nak ada princess....wah...interesting ne...yang pasti dini bertuah sebab ada uncle yang penyayang...dini anak kakak hasrul...duduk di kl...harijadi dini jatuh betul-betul pada hari krismas baru ni 25-12-2008...sebenarnya boxhousestudio berdebar juga apa la feedback dari hasrul... ...dia kata banyaknya coklat pada cupcakes tu.... ...adoiii.....betul la hasrul memang banyak coklat...dekat nak separuh.... ...lain kali boxhousestudio lebih kan kek dalam cupcakes tu ya... ...apa pun terima kasih Hasrul sudi rasa air tangan boxhousestudio yang tidak seberapa ne..
kalu nak tengok blog hasrul ...ni dia ..hasrul ni terror bersajak...orangnya pendiam...tapi...
lihat blog nya..hari hari ada sajak or puisi baru darinya....TAHNIAH HASRUL...boxhousestudio suka sangat... http://malim-muda.blogspot.com/


HAPPY BIRTHDAY DINI....auntie sempat datang umah nenek dini malam tu, rupanya ada majlis doa selamat dan akikah lepas isyak ...ramai pakcik dan makcik Dini turut meraikan majlis ... petang tu auntie dah jumpa nenek dini kat surau, kitaorang ada perjumpaan penutup marhaban, nenek Dini pun ajak auntie sekelurga ke rumah, sebenarnya nenek Dini tak tahu auntie yang buat kan kek kek tu sumer...tapi la ni dah tahu coz bebaru ni nenek Dini datang jumpa auntie ...ada projek sikit... ...projek menambah kesihatan da... ...pada Hasrul, uncle Dini ni, terima kasih banyak-banyak....semoga menepati selera k...


kelmarin fliffy ada singgah ke fp boxhousestudio, offer boxhousesudio cuba buat scrap layout online ..
interesting la fliffy... .. puas boxhouestudio cuba try test.... ..nanti boxhousestudio cuba lagi..kalau nak tahu fliffy ni lecturer di salah sebuah politeknik, dulu fliffy ex-student UPSI...jom berkenalan dengan fliffy...dia ni minat habeh dengan scrapbook..... .http://fliffy.fotopages.com/
Boxhousestudio cuba dengan gambar-gambar kek buat Dini yang sudah pun 4 tahun tu...kita enjoy....


Friday, 2-Jan-2009 04:30 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY MY LOVE 33 - CARAMEL CHOCOLATE OREO CHEESECAKE

 
 
Kali ini Boxhousestudio merealisasikan impian seorang isteri buat suaminya yang tersayang. Alhamdulillah Boxhousestudio gembira sangat bila di beritahu yang cheesecake ni di gemari oleh semua keluarganya. Nama isterinya Radiah...terima kasih Radiah kerana ini dah masuk kali ke tiga Radiah mengorder dengan Boxhousestudio...mula-mula strawberry cheese brwonies, pastu blueberry cheese tart yang comel-comel dan kali ni Caramel Chocolate Oreo Cheesecake...mmmmm....sah lah depa ne memang suka betui ngan cheese....


basenya oreo biskut, Boxhousestudio taburkan serbuk oreo sebagai penyeri di sekeliling cheesecake dan tulis happy birthday my love mengunakan fondant yang warnanya seirama dengan cheese cake tersebut..kata-kata "Happy Birthday My Love - 33" , Radiah yang pilih..


di atas cheese cake, Boxhousestudio hiaskan pula dengan coklat yang di paipkan berjalur serta Boxhousestudio tambahkan caramel menambahkan keenakan pada cheese cake tu

Happy Birthday to you...Happy Birthday to you...Happy Birthday to you...Ed...Happy Birthday to you Bertuah Ed dapat isteri yang cantek manis dan baik hati pula...

Terima Kasih Radiah



[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net