boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 25-Jun-2008 03:42 Email | Share | | Bookmark
Pulut Kuning dan Muffin Strawberry buat kak Limah

muffin strawberry
goodie bag buat kawan-kawan kak limah
pulut kuning siap dibungus
View all 8 photos...

muffin strawberry ni kita tambah chocolate chips dan inti nya di luar...


pulut kuning dan mee goreng singapora


ini setnya
satu bekas sederhana pulut kuning dan rendang ayam
satu bekas sederhana mihun goreng singapura
sebotol air mineral
sekotak air mangga
strawberry muffin bercoklat chips


thank you En Mat Gebu ...ini resepinya

Quote:

Strawberry Muffin
dari fp Mat Gebu

Bahan-Bahannya:- (dapat dalam 30 ketui)
170 g mentega
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya

Bahan Hiasan:-
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)...tapi kita tak ikut yang ini...kita masukkan chocolate chips terus dalam adunan di atas,,tapi inti strawberry kita letak kat atas...tapi lain kali kita nak taruh di dalam...coz ganggu muffin tu nak membukit atasnya..he he..experiment je aku ne...tupasal jadi rupa tu..

Cara membuatnya:-

Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.

Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata.
Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).....kalu sukala kata mat gebu tu...kalu tak tiru macam saya...jangan mare ya mat..akak test power...





resepi dari fp kak liza tq kak dari dulu lagi kita mintak kak liza ajar kita buat pulut kuning ne...sabar je dia layan kita..Alhamdulillah...kita suka sangat..

Quote:

PULUT KUNING

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan] (kita buat 2 kilo untuk kak limah)
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.





Saturday, 21-Jun-2008 05:35 Email | Share | | Bookmark
CUPCAKES KAHWIN BUAT ANAK KAK DAH, INTAN DAN MENANTUNYA IZZATT.

kita riba kek ne masa dalam kereta..sayang...he he
selamat pengantin baru intan dan izzatt
tema hijau ni idea khenduri kahwin intan, anak kak dah..
View all 7 photos...

As usual kita suka ngan fondant...agaknya kecik-kecik dulu tak puas main plastercin tak?....

Ha..saya nak ucapkan terima kasih pada Chef Tania kerana sudi berkongsi resepi untuk tatapan kita bersama, ini resepi untuk keknya..jangan terkejut banyak telur dan ada cube ais digunakan...ini jawapan dari Chef Tania bila saya bertanya ...terima kasih Chef kerana memecahkan kebuntuan saya...saya sangat berbesar hati...

"Hi, cik tun rahsia telor yg banyak supaya kek lembut, dan keistimewaan gunakan ice cube tu untk cake supaya lembat kerana kita gunakan ovalett dan cake di atas nie bolih juga di ubah rasa saperti mango, guna mango essence, pisang gunakan esen pisang dan juga perasa yg lain saya recomment
perasa kiwi dan bubuh sedikit warna hijau dan blackcurrent enak sekali...nanti kalau ada masa saya akan ambil photo nozzle nya dan publish kat blog ok, rupa nozzle nya panjang dan bahagian hujung nya menyerong sedikit, jadi kalau kita nak isi kan jem atau inti senang je, gunakan piping bag masuk nozzle dan jem, cucuk ke dlm kek sabelum kek di hias dgn cream......sorry ya kak panjang lebar pulak.... " ...tak apa Chef Tania..kita suka chef cerita panjang-panjang...suka sangat...nak jumpa jauh...nun di Singapore nun..


Quote:

ORANGINA DELIGHT CUPCAKES (ALL IN ONE METHODS)

INGREDIENTS

9 N0S. EGG YOLK
7 NOS. EGG WHITES
150 GM MELTED BUTTER
180 GM FINE SUGAR
1 TBLSP OVALETT(CAKE STABILIZER)
180 GM TOP FLOUR ...psst nak kena simpan tepung ne...susah nak dapat kat kampung boxhouse ne..
20 GM MILK POWDER
1TSP BAKING POWDER
1 TSP ORANGE PASTE
1/2 TSP VANILLA ESSENCE
10 GM VERY COLD ICE WATER OR ICE CUBES

METHODS:

1. MIX ALL ABOVE INGREDIENTS IN A MIXING BOWL, EXCEPT THE MELTED BUTTER AND BEAT
AT HIGH SPEED UNTIL FLUFFY.
2. ADD IN MELTED BUTTER AND USE YR WOODEN SPOON AND MIX WELL.
3. PREPARE SOME MUFFIN CUP OR ANY OF YR FAVOURITE CUPS, FILL THE BATTER ABOUT
3/4 FULL.
4. PREHEAT OVEN AT 180, AND BAKE THE CUP CAKES FOR ABOUT 15 TO 20 MINS OR UNTIL
BROWN ON THE SURFACE . LEAVE TOO COOL BEFORE DECORATING THEM...

NOTE: INJECT MARMALADE IN THE CENTRE OF THE CAKE, BY USING THE INJECTION NOZZLES (OPTIONAL) psst..kali ni boxhousestudio tak inject apa-apa lgi.. ...tak inject pun dah sedap la sangat..Alhamdulillah..



meh kita nyanyikan.."selamat pengantin baru..selamat berbahagia...hidup mestilah rukun....sabar paling perlu...cinta setiap hari...senyum mesti selalu...o...o...o....o...." ...ha?...apa?....bunyi katak panggil hujan?... ...tak baik tau....


Wednesday, 18-Jun-2008 02:28 Email | Share | | Bookmark
Kek Coklat Kukus Buat Kawan ... Ikan Dori Untuk E-One

rindu ikan dori lagi..
kek coklat kukus dan ganache buat kawan kita
Kelmarin kawan kita suruh buatkan kek untuk isterinya sambut hari jadi pada 5 june tapi dia suruh tambah kata-kata "semoga lekas sembuh"..ok kita pun buatla kek coklat kukus untuk dia.


Selamat Hari Jadi Kak Ton, semoga panjang umur, murah rezeki, berbahagia didunia juga akhirat serta di kurniakan kesihatan yang cemerlang..amin.. ..ini resepinya..popular resepi ni tau..

Quote:

Kek Coklat Kukus
Sumber : zaima

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan

dan ini pula resepi toppingnya dari naza214 fotopages...siapa lagi kalau bukan kak mis yg vogue kek-keknya tu...mmmm..

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Caranya kita double boil kan whipping cream brand rich tu, tidak lama cuma berbubble..kita terus tutup kan api, cooking chocolate yang telah siap berpotong-potong kecil, kita tuangkan ke dalam whipping cream tadi, kacau-kacau sampai coklat mencair keseluruhannya dan baru masukkan butter kacau lagi..
dah siap...boleh la dituangkan ke atas kek coklat yang telah sejuk tadi...rupanya ada memacam cara untuk topping kan kek coklat ni ya..




resepinya macam kat umah cik mamu kelmarin tapi kali ni kita tak buat kecik-kecik macam jemput-jemput..he he

Quote:

Jemput-Jemput Ikan Dory
dari: Amalina dan Cik Mamu

bahan-bahannya :
1 sudu soda bicarbonate or baking powder
sedikit air sejuk peti ais
tepung serbaguna
5 ke 6 ketul ais
garam secukup rasa
kunyit sedikit bagi berwarna
minyak untuk mengoreng
sutchi filet (ikan dory)...potong dadu ya

caranya :
ambil soda dan air sejuk tadi campurkan sehingga buih timbul, kemudian masukkan tepung gaul sebati, dan sudah sedia untuk dicelupkan dengan ikan dory, jangan lupa masukkan ketulan ais dalam campuran tepung tadi ya..kata amalina, campuran tepung tersebut mesti sentiasa dalam keadaan sejuk...


kita goreng ikan dori style cik mamu, tapi kali ni kita tak potong kecik-kecik ikan tu, goreng besar-besar untuk e-one makan malam sebelum dia pergi tuition ...psst untuk kita pun ada.. mana tahan tengok e-one makan sorang kita nak cepat kita beli je kentang putar ngan kat kfc dan baked bean dalam tin tu kita curahkan je..nak rengkas-rengkas ..jom makan...


Monday, 16-Jun-2008 05:20 Email | Share | | Bookmark
Jamuan hari jadi anak lelak Zira yang ke 3 tahun, Adam..

jamuan hari jadi di rumah zira
adam dah 3 tahun
selamat hari jadi adam
View all 7 photos...
Hari sabtu kelmarin penuh dengan jemputan, memula majlis tahlil Kancu, khenduri kahwin anak Kak Dah member satu opis dulu dan penutup, majlis hari jadi anak no empat sepupu suami, semua jemputan tu pasti di iringi dengan makan. itu lah tu..

Bermula dengan khenduri arwah di rumah Kancu. Kancu adik ayah mertua yang baru kematian suaminya baru-baru ini di pulau pinang. Majlis khenduri arwah kali ini di buat di rumah Kancu di Kampung Gumut, Kalumpang. Majlis bermula sebelum pukul 12, ibu mertua tolong masakkan makan tengaharinya dan kita bawa kek cawan vanilla sebagai buah tangan. Waktu ni tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk meyiapkan cupcakes fondant warna hijau untuk anak Kak Dah, Intan yang akan melangsungkan perkahwinan di dewan tun razak, tanjong malim. Gambar cupcakes kita kemaskini di entry atas tu ya..

Sebelah petang dalam pukul 5.30 petang pergi rumah zira bini pogi..he he..sambut hari jadi anak lelaki dia yang berumur 3 tahun. Puas makan, ada 2 kek yang Zira order, ada satay, ada spaggethi, ada puding caramel, ada mihun goreng, ada sandwich sardin dan minuman panas teh-0, serta siraporen yang sejuk sekali...terima kasih zira, rajinnya ko ni...dah lah mak buyung tarikh bersalin pun sudah sangat hampir..masih aktif memasak banyak-banyak...kalau ada rezeki, inilah anak yang ke lima..zira moga kau terus sihat dan ceria-ceria selalu. Kita bawa cupcakes untuk Zira...Zira tak cakap awal-awal nak buat majlis, jadi kita bawa instant cupcakes yang sempat di hias dengan fondant warna oren dan merah serta muffin buahtangan dari khenduri Kak Dah yang kita toppingkan dengan whipping cream...Aduh!!!!!.....sume food sponsor hari ini.... ..kenyang bah....



jamuan hari jadi di rumah Zira bini Pogi..nak join... ...psst ini hari jadi Adam, anak dia yang ke empat baru 3 tahun ...la ni zira ngandung lagi dah hampir nak bersalin dah...larat dia masak sensorang...ish..ish..ish...kuatnya badan..
menunya:
satay..semua orang suka, nanti lain kali kalu zira order, mintak kuah lebih tau..
spagethi ..kuahnya banyak...
mihun goreng
fish stick
kek coklat...zira order..selalu dia buat sendiri..kali ini dia tak larat
kek sponge
puding caramel
teh-o
siraporen..nyaman sekali...


kita buat cupcake untuk adam yang 3 tahun tu dan ..bawak muffin senyum gak...


ini muffin dari khenduri kak dah, kita dapat banyak buah tangan dari Kak Dah, gambar kawin anak dia pun kita dapat sekeping, semua orang dapat satu. oh ya muffin yang banyak tu kita bawa rumah zira dan toppingkan dengan whipping cream ...senyum...senyum....senyumla.. camtu kan best!!.....


Sunday, 15-Jun-2008 02:17 Email | Share | | Bookmark
NAK RASA AIR TANGAN ZAITGHA?...NUN DI AMPANGAN, SEREMBAN N9

muffin strawberry
cuppies coklat ...
ini karot kek
View all 6 photos...
lama betul kita kat rumah cik mamu, hari ini kita berkesempatan untuk update fp dan kita nak tunjukkan hasil kerja tangan zaitgha...sedap geng...
thank you zaitgha kerana bersusah payah menyiapkan order, nak hari ahad hari sabtu baru saya order, bayangkan such a short notice dari saya ...
mula kenal dengan zaitgha masa ke kelas lynn hassan kelmarin dan kali kedua kami berjumpa itulah hari ahad masa kita menghantar anak balik ke asrama, sudah banyak kali zaitgha berharap saya dapat datang ke rumahnya, namun masa tak mengizinkan...InshaALLAH akan ku jejaki juga rumahmu suatu hari nanti...hemm...makan tengahari dan minum petang dengan dessert serta lavaza coffe..opps sowi kalu salah eja lavaza...amboi...kuat godaan hang tu ..
oklah jum nikmati muffin, kapis dan kek karot zaitgha...oh ya ini blog zaitgha dan blog business dia pun ada..http://zaitgha-dayindayout.blogspot.com/.. dan http://sweetlittlethings-zaitgha.blogspot.com/

terima kasih sahabat...dasyat penangan dunia di hujung jari nih!!!!


strawberry muffin, sedap, harum, ada inti di dalam..emmm...


cupcakes coklat...walaupun gelap masa nak ambil gambar, mana taknya berkejar-kejar masa tu,waktu hantar anak ke asrama di n9 pun sudah pukul 6 petang, kek sampai 6 petang, nak balik tanjong malim lagi...apa apa pun kalu tengok live...shantek...dan very presentable...sesuai untuk orang yang menerimanya tu...


ni dia kek karot zaitgha...pada kotak kek ni tertera tulisan sila letakkan kek ini di dalam peti ais untuk mengekalkan kesedapannya... ..hajat di hati rasa nak makan berdua je..ummmph... ...apa la aku ni makan la ramai-ramai..

Terima Kasih Zaitgha...ok nanti kita borak lagi.. got to go... ...opss pada yang bergelar ayah, baba, abah, ayahanda, daddy, dad dan banyak lagi...SELAMAT HARI BAPA...dengan harapan semoga berbahagia hingga akhir hayat dan jaga mak baik-baik ya....


ni kita ambil gambar pakai flash.. ...cantekan kapis ne..?


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net