boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 2-Jan-2009 03:49 Email | Share | | Bookmark
merisik dan bertunang anak saudara cikgu othman - pink heart

cupcakes
fondant pink heart
white base
View all 6 photos...
Assalamualaikum dan selamat pagi semua, kali ini Boxhousestudio buat cupcake fondant lagi...datang permintaan ni dari Cikgu Maziah isteri Cikgu Mazlan, berhajat nak bawak ke Kedah sebagai tanda merisik dan bertunang sekali. Permintaan cupcakes ni dari belah pehak lelaki. Kata Cikgu Maziah, kita serahkan kat awak le buat macam-macam mana ya...kita terima...so, Boxhousestudio pun bertanya itu ini pada Cikgu Maziah untuk mendapatkan 'feel' tersebut....mmmm.. .. maka terhasil lah cupcake fondant berona lembut, pink heart sekelilingnya dan sejambak bunga pink ditengahnya...warnanya memang sungguh lembut i.... selepas subuh kelmarin, Boxhousestudio terus hantar pada Cikgu Maziah sebab dia sedang menunggu adik beradiknya datang untuk konvoi bersama ke Kedah ...semoga menepati selera Cikgu ya...
ha ..kali ni kebanyakan cupcakes fondant yang Boxhoustudio siapkan semuanya berona lembut dan ayu-ayu gitu...


cupcakes fondant pink heart



sungguh lembut sekali...



Monday, 29-Dec-2008 01:48 Email | Share | | Bookmark
AS USUAL.....FONDANT ALPHABET LAGI..& MUFFIN COKLAT

azie & mohd
selamat bertunang
muffin coklat...penuh dengan coklat...
View all 4 photos...

cupcakes fondant untuk Azie dan Mohd ...selamat bertunang adik-adik
cupcakes bertunang ni ditempah oleh Azura dari UPSI untuk kawannya ...temanya purple..jadi Boxhousestudio naik kan seri cc ni dengan menambah bunga-bunga comel warna pink...baru-baru ne Azura tempah lagi satu design yang sama untuk kawannya yang lain bernama Zack dan Zaini...yang itu warnanya biru pula...rasanya tak sempat ambil gambar yang biru ne...hu hu hu .. ...apa pun Terima Kasih Azura...kakak sangat gembira dapat membahagiakan korang sumer...

Yang pasti nak ucap terima kasih sangat-sangat sama Radiah yang dari UPSI juga yang sudi memperkenalkan Boxhousestudio pada Azura ne.... keluarga Radiah semua peminat cheese...mmmm.. ...anak Boxhousestudio pun suka cheese juga....


muffin coklat...mewah dengan coklat...
masa siapkan cc fondant tu sempat juga Boxhousestudio buat muffin ne...meh tengok resepinya...
resepi Boxhousestudio ambil dari fp maklang ulam pegaga yang rajin sangat mengoda ngan muffin-muffin nya itu...

Quote:


Muffin Coklat
Sumber : Yani (myresepi)

Bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara
Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C
Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.




Monday, 29-Dec-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
SALAM MAAL HIJRAH 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009

Quote:

ASSALAMUALAIKUM WBT,

BOXHOUSESTUDIO MENGUCAPKAN SALAM MAAL HIJRAH 1430H DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009, DENGAN DOA DAN HARAPAN MOGA TAHUN BARU INI MEMBERI LEBIH KEBERKATAN DAN KERAHMATAN KEPADA BOXHOUSESTUDIO SERTA KITA SEMUA DAN SENTIASA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT.

BOXHOUSESTUDIO BERILTIZAM UNTUK MENJADI SEORANG INSAN DAN RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB SERTA BERUSAHA MENJADIKAN DIRI SEBAGAI ‘MANUSIA YANG BANYAK MANFAATNYA KEPADA MANUSIA LAIN’. INSYAALLAH.



Quote:

Di kesempatan ini juga Boxhousestudio ingin menyampaikan Salam Takziah buat sahabat Boxhousestudio Mamafami atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah, pada Mamafami semoga tabah menghadapi kerana di saat dan ketika ini ibunya pula berada di Hospital..
Buat arwah ayah mu Mamafami, ku sedekahkan bacaan Al-Fatihah buatnya...Al-Fatihah......





Thursday, 25-Dec-2008 02:00 Email | Share | | Bookmark
the Real Kopitiam....tanjong Malim station...

mula-mula kopi dan kopi O
mee rebus...slurp...
pandangan senja station baru tg malim dari station lama
View all 9 photos...

petang semalam, boxhousestudio pi minum petang kat sini...orang sibuk-sibuk kata kopitiam tak halal..yang ni ha memang sah halal..station keretapi lama tanjong malim..banyak kenangan di sini....paling best kalau keretapi tu stop kejap...


boxhousestudio order mee rebus, mee kari (sori,tak sempat ambik gambar,hubby dah ngap), kopi, kopi o...dan beli dulu apam balik rangup untuk E-one dan milo ais untuk dia...enjoy tul rasanya....


di kejauhan sana dalam remang-remang senja, terlihat bangunan baru station keretapi tanjong malim...dengarnya shuttle train yang beroperasi dari hari isnin hingga jumaat bergerak dari ipoh ke kl sentral dan kl sentral ke ipoh telah pun bermula...dan bergerak 4 jam sekali bermula dari pukul 5 pagi sampai 10 malam lebih kurang..dan pada saat dan ketika ini komuter pula belum sampai ke tanjong malim lagi..cuma setakat kuala kubu bharu...kalau ada lagi senang lah..


tinggal kenangan...pejabat station master...


artikel tentang station tanjong malim ni pernah diabadikan dalam suratkhabar. fokus tentang art project student upsi di station tu...dan dalam gambar, yang berkupiah tu pemilik kopitiam ni..baru je meninggal dalam bulan ramadhan yang lepas...la ni anak lelaki dia yang ganti...tak pasti berapa lama boleh bertahan...dengarnya hendak diambil dah tempat ne...sedih .ada ke peluang lagi nak minum-minum kat sini?..


syioknya...tengah hirup kopi, keretapi lalu....



yang pasti jom minum dulu.. ...kerja-kerja baking tengah menunggu...



Sunday, 21-Dec-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
Latest Edition to our Guitar Collection

Guitar Cake
Acoustic Guitar
nanti nak cuba buat Electric Guitar pula..
View all 5 photos...
Anak sulung Boxhousestudio suka main guitar, masa cuti sekolah yang panjang ini hari-hari anak Boxhousestudio asah bakat...kejap-kejap petik guitar, kejap-kejap ke laptop mencari bahan menambah skill bermain guitar...happy je dia..tambah-tambah mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari ayahnya...di bantu lagi mencari web-web yang berkaitan music..we love music lah...nak, mak pun sokong mu main guitar tu ...sampai datang ilham buat kek guitar akuastik ... tapi nak seimbang k, seimbang...tahun depan peksa besar...dan paling-paling penting sembahyang lima waktu mesti di utamakan dulu..Yebeb. ..jom tengok kek guitar, Boxhousestudio surprisekan anak Boxhousestudio tu...suka dia..


kek guitar...

jom main guitar...

Quote:

meh boxhousestudio jawab

1. cake board ni sizenya 17 inci kali 13 inci..

2. menggunakan acuan kek guitar , kalu cut and paste mau demam di buatnya...

3. sempatlah berzikir semasa meng 'star' kan body guitar tu...

4. terima kasih atas puji-pujian semua ya... ....boxhousestudio masih belajar lagi...

5. untuk linda kaori , mejanwab pertanyaannya... ..kalu minat guitar boleh dapat kek guitar. ..kalu minat kek banglo.. .boleh dapat banglo... ...the power of positive thinking!!!...chewah




Latest addition to our Guitar Collection...psst...guitar paling genit tu ...Cikgu Taufik kasi hadiah kat Rizqin..sebab masa cuti sekolah ni, dia jadi private tutor Rizqin...terima kasih cikgu ...


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net