boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 19-Dec-2008 05:32 Email | Share | | Bookmark
Cupcakes Lavender Buat Fizah & Rafie

Selamat Pengantin Baru
buat Fizah dan Hafiz
semoga berbahagia sampai ke syurga..amin...
View all 8 photos...
Malam tadi E-bob serta suami dan anaknya datang umah Boxhousestudio ambil cupcakes lavender ne...kawan E-bob peminat warna-warna lembut especially warna-warna purple. E-bob order untuk kawanya yang akan berkahwin pada hari Ahad nanti...E-bob anak saudara mil, kecil molek orangnya dan punya senyuman yang menawan. Terima Kasih E-bob sanggup datang dari Jeram untuk ambil cupcakes lavender hasil kerja tangan Boxhousestudio. Sebelum E-bob balik Boxhousestudio bekalkan juga cupcakes sempoi yang Boxhousestudio deco sambil borak-borak dengan E-bob lepas menikmati mee hailam dengan jeruk cili hijau hasil masakan kanda Boxhousestudio.


mudah-mudahan menepati citarasa kawan E-bob tu ya..


ini wajah-wajah cupcakes waktu malam di rumah Boxhousestudio, belum sempat nampak matahari, cupcakes ni dah di bawa pergi ke Jeram.. .terima kasih E-bob susah payah datang ke rumah mengambil nya....sampai Jeram, E-bob sms dan katanya cupcakes tu dah pun di hantar ke rumah kawannya malam tadi juga...mmm...E-bob sms waktu tu dah pukul satu malam kut...wah!!!..hari ni E-bob dan suami dah pun pi kerja....


Dear Yayah The Diary...Boxhousestudio suka
Macam-macam ada dalam diari ni, petua, tip belajar, tip bersahabat, doa harian dan ada lagi yang menarik di dalamnya...Boxhousestudio beli di kedai buku MPH di SACC Mall, Shah Alm dengan harga rm19.90.nak tahu lebih lanjut tentang diary ni lawati lah www.farihaiskandar.com

tapi yang buat Boxhousestudio tertarik pada diary ni ialah, bila Boxhousestudio di kenalkan oleh Rani, Changlun kepada Emila Yusof yang blognya di sini..http://emilayusof.com/

Boxhousestudio suka sama Emila, kreatif benar budaknya dan dalam Dear Yayah The Diary, Emila Yusof atau nama sebenarnya Nor Emilia Mohd Yusof ditugaskan menjaga Grafik Dan Visualizer..ok pada semua geng-geng Emila Yusof yang menjayakan penerbitan Dear Yayah The Diary ..Tahniah Boxhousestudio ucapkan.. ..oh!..Emila, Boxhousestudio minat sama Dollies tu tapi tak tahu mana nak pilih..sume best-best!!! (psss...pelukis rupanya Emila ni..mmmmm )


Tuesday, 16-Dec-2008 01:12 Email | Share | | Bookmark
BLUEBERRY CHEESE TART & STRAWBERRY CHEESE BROWNIES lagi...

strawberry cheese brownies lagi...
cheese tart
blueberry cheese tart
View all 4 photos...
Amboi rajin pulak Boxhousestudio update gambar kat fp ne.. ...banyak lagi gambar nak upload tapi kita pilih satu-satu dulu k.. ...ini kenangan masa sebelum Raya Haji kelmarin


strawberry cheese brownies buat Radiah dari UPSI..thank you dek..


cheese tart...Boxhousestudio suka sangat ngan sweet pastrynya tu...mmm...kena pulak ngan filling cheese...mmmmmm


yang ini pula blueberry cheese tart...sweet pastrynya saja boxhousestudio buat besar dari cheese tart yang kat atas tu...aduhai ....tak tertahan memandangnya..pasti nak di habiskan secepat mungkin...tak tau kenapa?


cheese tart ni maklang ulampegaga dah buat, jasmeen pun dah buat...ramai yang dah buat..cuma boxhousestudio baru nak buat...rasanya sedap...tapi nak menyiapkan sweet pastry tu ..alahai..terasa lama la pula..nak picit-picit, nak cucuk-cucuk...aduh... .nanti boxhousestudio nak buat yang kecik-kecik...acuan kecik dah beli dah... ..ok ni resepinya..


Quote:

Blueberry Cheestat
Sumber : Alex Goh
C&P : Resipi.net

Sweet Pastry

Bahan A
200 g mentega
100 g gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan B
1 biji telur

Bahan C
420 g tepung
1 sudu besar tepung susu

Cara-cara
1. Putar (A) hingga lembut dan tambahkan (B). Putar lagi hingga gebu.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga sempurna.

* Tat akan bewarna keemasan dan rangup jika dibakar di rak bawah ketuhar (lebih kurang 1/2 inci dari bahagian bawah ketuhar

Filling (resipi BAGUS)
250gm cream cheese
20gm butter
60gm caster sugar
1 biji telur

Blueberry filling.

1- Putar cream cheese, butter & gula hingga kembang...masukkan telur & putar hingga sebati.
2- Paipkan filling kedlm kulit pastri yg sudah di masak...Masukkan sedikit blueberry filling..lorekkan ikut suker.
3- Bakar semula selama 10 min



meh amek satu...cepat la...nanti habis...


Tuesday, 16-Dec-2008 00:45 Email | Share | | Bookmark
Port Dickson Part 2..makan-makan

 
 
 
View all 5 photos...

ini remis, mil dan fil bercanda di pantai sambil kutip remis-remis ni...depa korek-korek pasir di tepian pantai yang indah tu...


pastu biras kita yang sangat rajin di dapur ne, tumis remis-remis tersebut...sedappp...remis-remis ni adala besar-besar kuku ibu jari kita..


ni ayam BBQ , biras kita dah siap kan segala perapan dari rumah, kata suami dia, kat pasar Seremban boleh minta rempah perapan ikut selera..bila sampai rumah tinggal perap je pada ayam-ayam tu semua...biras kita siapkan dalam 5 ekor...oh ya..masa nak datang ke PD...kita orang dah kongsi-kongsi duit untuk projek bercuti ke PD ni..


ini pula jambu bol ...bawak dari rumah mil and fil...pokok jambu bol ni tinggi dan besar betul dan banyak buah dan banyak juga yang berguguran dimakan burung dan tupai...bila makan jambu bol ni Boxhousestudio terkenang masa kecik-kecik dulu kat umah atuk ngan opah memang banyak pokok ni dan lagi satu pokok yang berbuah di kaki..namnam..alla rupanya macam karipap dan masam-masam...nanti Boxhousestudio nak cari..kalu dapat nak tanamlah.....


ini pula Chocolate Ball...sekejap je dah habis...maklumlah bebudak kan suka coklat. ..walaupun kek strawberry, kek oren dan vanilla pun ada, namun ni gak yg habis dulu...

Resepi ini tersangatlah senang, sesapa pun boleh buat, kata zakiahz dari http://zakiahz.fotopages.com/?entry=1063484

Quote:


CHOCOLATE BALL

Bahan-bahan:

Sebiji kek coklat (kek span tak sedap buat ni)
Coklat masakan/coklat bar kita makan
Chocolate rice
Paper cup secukupnya

Cara-cara:

1. Cairkan coklat secara double-boiler ataupun di dalam microwave,sejukkan.
2. Hancurkan kek, masukkan coklat cair tadi & gaul rata sampai kek sebati dengan coklat.
3. Golekkan pada coklat rice dan masukkan dalam paper cup.
4. Siap dihidangkan!

***Kek coklat tu beli pun boleh, ataupun buat je keknya gunalah resepi memana pun..
***Coklat tu ikut banyak mana kek, kalau kek tu dalam 1kg, boleh gunakan 200gm coklat.
***Bagi saya kalau gunakan coklat yg kita makan lagi sedap dari coklat masakan ni..



Chocolate Ball anyone?.. ...senang nak ngap...


Monday, 15-Dec-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
PD PART 1 --- BANANA BOAT--- SARDINE STYLE LAH.....

betul ke kita ne
nak naik banana boat?
betul la...pakai je life jacket bebetul..
View all 12 photos...
Baru-baru ni Boxhousestudio gi bercuti ke Port Dickson...3 hari 2 malam...hari Jumaat malam lepas balik kerja dan kasi cupcake abjad fondant pada Azura, Azura nak beri pada kawannya yang bertunang pada hari Ahad tu..Terima Kasih Azura sudi merasa hasil kerja tangan Boxhousestudio...rasa sangat berbesar hati...terima kasih sekali lagi...nanti kakak buatkan kek tanpa tepung untuk anak-anak mu..InshaALLAH...

oh cerita pasal gi bercuti ke PD..... Syiok sangat...mana tak syioknya naik Banana Boat beramai-ramai..sardine styelah...he he he...nak tau berapa orang?...13 orang sumer sekali...yang gi bercuti sesama 20 orang....ni kira rombongan belah MIL ....anak-anak perempuan MIL memang rajin gather-gather camgini...depa memang best, sempoi dan pandai buat benda-benda yang happening...kira terror la....kalu anak-anak saudara diorang memang suka sangat-sangat ngan mak mak sedara depa ni...ada je idea nak bagi suka hati....kalu camtu jom tengok kitorang naik Banana Boat...budak yang empunya BB ni kata jarang jumpa bebudak yang naik BB reramai camgini (tapi jangan risau...memang selamat)...JOM KITA ENJOY!!!!!!!!


mak aii....ramai tuuuuuuuuuu...................


Thursday, 11-Dec-2008 04:57 Email | Share | | Bookmark
Cupcake Alphabet - Marhaban

 
 
 
View all 4 photos...
Boxhousestudio tunjuk gambar cupcakes yang boxhousestudio buat untuk kumpulan marhaban kat tempat boxhousestudio tinggal ...sebagai buah tangan untuk giliran tuan rumah waktu tu..Boxhousestudio join marhaban, aktiviti kumpulan wanita biasanya dijalankan setiap hari ahad, bermula pukul 3 petang dan mengikut giliran...ini cupcake vanilla dan butter cream serta alphabet, hati dan bunga-bunga juga rama-rama dari fondant...



Salam Ceria Dari Boxhousestudio


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net