boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 7-Nov-2008 10:40 Email | Share | | Bookmark
Anak Bongsu Mak Temah Kahwin Dan Abah Masuk HUKM

ini kita buat..bc dan fondant serta kek oren kenit..he he
intan dan sofi..berseri-seri hang no...
ini hantaran kek coklat dari belah pompuan
View all 6 photos...
Salah satu sebab yang mengapa boxhousestudio lambat kongsi cerita dan gambar-gambar di fp ni sebab abah jatuh dari motornya dan dimasukkan ke HUKM dan tangan kirinya...tak lah patah tapi perlu dibersihkan kerana penuh pasir melekat-lekat pada dua lubang di kulit tangannya..abah sudah berumur tujuh puluh lebih tahun..bukan la sebab mengajar masak...jangan terkeliru pula ya kawan-kawan...bebudak yang ambil SPM di entry sebelum tu anak murid kanda boxhousestudio...boxhousestudio bukan guru sekolah...teringin nak jadi pengetua tapi tiada rezeki...ewah ...emm bercerita mengenai abah, di kala ini sudah beransur pulih..tapi jangan tak tahu lepas keluar HUKM berehat sehari dirumah...dimasukkan pula ke GH KL..hah tu dia...ini sebab ke dua terputus hubungan nak berfp...sampai satu tahap boxhousestudio pula terseliuh kaki kerana tak perasaan lantai yang bertingkat...waktu terkena tu bukan main terror...boleh bingkas bangun...dan jalan cam biasa...tapi tuhan sahajalah yang tahu..terbaring tiga hari..sampai ber x-ray la kaki kiri ni...la ni jalan macam robot sikit...sikit je... ..eh kemana melalut bercerita ni box?... ..ok ok..nak cerita pasal anak perempuan mak temah kahwin...boleh pulak selit kisah sakit... ..jom lah tengok gambar yg sempat dirakamkan


ini tanda ingatan dari kita buat mak temah dan anaknya yang sangat la rajinnya tu..

yang pasti abah sedang berduka dan diwaktu yang sama ada yang sedang bersuka...anak perempuan bongsu mak temah kahwin...tahniah Intan..semoga berkekalan sehingga ke syurga..InshaALLAH... tak sempat makan boxhousestudio kat rumah mak temah, sibuk ambil gambar dan ramai sungguh kenalan yang bertahun tak jumpa, bertemu semula...Alhamdulillah dan rasa sangat terharu...
Lepas tu Boxhousestudio sefamili bergegas ke HUKM gi tengok Abah dan dengar cerita dari Mak...kesian mereka berdua..nasib baik adik serta menant abah dan mak dah sedia menunggu coz depa dekat ...lega rasa...




Wednesday, 8-Oct-2008 09:05 Email | Share | | Bookmark
HARI RAYA PERTAMA - Pandan Butter Cake

err...tempat kek tu kita baru beli...dah lama kita berkenan...

satu kek buah kukus dan satu lagi kek pandan

kek buah kukus adik ipar buat...

kek pandan buat...resepinya ialah ....oppps...tunggu...


Quote:

PANDAN BUTTER CAKE

270 gram butter
220 gram castor sugar
5 biji telur gred A
60 ml santan kotak brand m&m waran kuning (lebih kurang 4 sudu besar)
1 sudu teh pandan paste bukan pandan flavour
1 sudu besar ovalette
270 gram tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
25 gram kelapa kering

1. Pukul butter, ovalette dan gula, pandan paste hingga kembang (10 minit)
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji
3. Masuk kan kelapa
4. Masukan tepung berselang seli dengan santan
5. Bakar suhu 170'C selama 45 minit
6. Acuan 8" bulat atau 2 tray 3 1/2" x 8"

Topping
30 gram butter
20 gram gula icing
30 gram kelapa kering

1. Gaulkan semuanya dan tabur di atas kek sebelum di bakar


Thursday, 25-Sep-2008 01:15 Email | Share | | Bookmark
KAD HARI RAYA BUAT SAHABAT-SAHABAT

My Almond London
My Almond London versi merah
jom makan Almond London..mari la...
Quote:

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sempena ketibaan hari lebaran tidak berapa lama lagi, Boxhousestudio sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Kepada keluarga serta rakan taulan yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama, kerana mereka yang tersayang menjalankan tugas, iringilah doa restu buat mereka serta menerima keadaan tersebut dengan penuh sabar dan menghargai pengorbanan mereka dalam melaksanakan amanah negara.

Saya menyeru saudara saudari sekalian agar mengambil peluang semasa hari lebaran dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain sebagai tanda hormat menghormati serta saling bermaafan. Harapan saya, saudara dan saudari yang saya kasihi akan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri, bersama seluruh ahli keluarga serta sahabat handai dari pelbagai kaum, agama dan kepercayaan dalam suasana meriah serta kesyukuran.

Dalam menyediakan persiapan bagi menyambut Aidilfitri, adalah menjadi harapan saya agar saudara dan saudari tidak berbelanja secara berlebihan. Janganlah bersikap boros dan membazir, tapi berbelanjalah berdasarkan keperluan, secara berhemah serta mengikut kemampuan. Adalah lebih bermakna sekiranya wang yang ada disimpan untuk pendidikan anak-anak atau ditabungkan sebagai jaminan masa depan.
Bagi saudara dan saudari yang akan memandu kenderaan untuk kembali ke kampung halaman semasa musim perayaan nanti, amalkan sikap sabar, bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang selain dari sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling semasa terutamanya mereka yang menunggang motosikal.

Akhir kata, saya sekeluarga sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada muslimin dan muslimat dimana saja saudara-saudari berada. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Amboi ... bunyi ucapan macam askar je...



Nanti kengkawan bawak balik kad raya ni ke rumah ya...sebagai tanda ingatan tulus ikhlas..Boxhousestudio suka naik motor..tengah perasan bawak motor Harley Davidson ne.. .broom..broomm...brooommmm...



Almond London berbaju cekelat gelap..

Almond London ngan baju raya lip lap lip lap... ...amboi MERAHnya Mak Yong...

Quote:

Almond London

bahan-bahan untuk cookies:
1kg tepung cookies (cookies mix)
2 biji telur
500 gram butter
gaul ke semua bahan dan sudah boleh di gunakan...mudahkan

inti :
buah badam
(untuk diisikan sebiji badam setiap satu pada adunan tepung cookies tadi-dibulatkan atau dibujurkan,oh ya buah badam di bakar or di sangai or digoreng dengan minyak ..pilih mana yg minat dan senang dan cepat)

hiasan:
1. coklat
(boxhousestudio guna brand "Tulip"..untuk di salut pada cookies setelah cookies siap di bakar dan dalam keadaan cookies sejuk..ini ada tips dari Maklang..masukkan sesudu besar shortening ya tujuannya supaya melambatkan sedikit proses pemekatan coklat tersebut ya.. )
2. sedikit badam yang telah di tumbuk or dikisar kasar untuk hiasan seperti dalam gambar tu..
3. mangkuk kertas yang kecil

Caranya:
Susun cookies yang telah siap di isi badam sebiji di dalam dalam tray yang telah di alas kertas minyak atau parchment paper atau griskan tray tersebut dengan shortening. Bakar dalam suhu 160 ke 170'C selama 10 ke 15 minit...kalu oven ada kipas..pasang kipas tersebut tau.. . Sejukkan cookies yang telah masak dan boleh lah disalutkan dengan coklat yang telah dicairkan mengunakan microwave atau didihkan air di atas api dan letakkan semangkuk coklat diatasnya..kacau sehingga coklat mencair .. dah cair boleh la tuang atas cookies tadi..errr faham ke? . Letakkan cookies di dalam mangkuk kertas dan susun di atas tray lalu di curahkan coklat ke atas cookies tersebut. Akhir sekali taburkan badam nibs tu, bila coklat sudah mengeras, boleh di simpan di dalam bekas yang kedap udara supaya terjamin kerangupannya. ...Selamat Mencuba


Wednesday, 24-Sep-2008 08:16 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN


terima kasih Chepah


terima kasih Kak Lin dari Kak Lin's Gallery


terima kasih Maklang dari http://ulampegaga.fotopages.com


terima kasih Rozamy


terima kasih Kak Liza


terima kasih Jasmeen


terima kasih Maisya..kenangan mengimbau kembali...


terima kasih rinzura


terima kasih mamaella


terima kasih zira


terima kasih bro jeff


terima kasih feqah


terima kasih mamafami


terima kasih yah aka masriyah...dah balik ke tanahair ya


terima kasih nn


terima kasih aimi aka kamalina...adoi..besarnya kad...tapi sudah semestinya PURPLE


terima kasih tutcute


terima kasih misleha


terima kasih meorjay65


terima kasih zara...zara ni duk kat Kota Singa ....Aummm!!! ...


Tuesday, 23-Sep-2008 01:35 Email | Share | | Bookmark
Oatmeal Raisin Cookies

Oatmeal Raisin Cookies

Oatmeal Raisin Cookies

biskut ni untuk siapa yang suka rasa oat yang mewah dan agak lembut sedikit texturenya, mengikut pendapat Boxhousestudio jika dibandingkan dengan cookies dari entry yang lepas-lepas..jom cuba ..resepi dari blog ResipiNoraini..kata Noraini dia yang mereka resepi ni, anaknya suka dan cookies ni kaya dengan karbohidrat dan serat dari penggunaan oat dan juga kismis..bukan setakat untuk makan di Hari Raya malah sesuai untuk kudapan dan snek bagi hidangan harian..cuba tau..senang aje..

Quote:

OATMEAL RAISIN COOKIES
dari ResepiNoraini.blogspot.com

Bahan-bahan :
120 gm mentega
100 gm shortening/lemak putih
200 gm gula perang
80 gm gula putih
2 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
190 gm tepung gandum
1 sudu teh soda
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh serbuk kayu manis
Secubit garam
240 gm oat keping
140 gm kismis (kuning)

Cara Membuatnya :

1. Putar mentega, shortening ,gula dan garam sehingga kembang dan berkerim (5 minit).
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi hingga sebati.
3. Ayak tepung, soda, serbuk kayu manis dan serbuk penaik.
4. Masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan oat keping dan kismis.
5. Gaul kesemuanya hingga menjadi adunan yang sebati. Adunan adalah lembik. Biarkan adunan 15 minit agar adunan kental sedikit.
6. Sudukan adunan ke dalam dulang pembakar. Boleh juga dijemput guna tangan. Susunkan jarak-jarak, jangan terlalu rapat kerana ia akan kembang.
7. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga keperangan .

Tip: Tin pembakar dialas dengan kertas patchment agar biskut tak melekat pada tin kerana kandungan gula yang tinggi.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net