boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 8-Sep-2008 07:50 Email | Share | | Bookmark
santapan rohani .. puasa hari ke 7

dhuha, taubat, hajat, tasbih...sedang tunggu ustazah datang..
e-one release tension lagi..saji ku di lipat..
hasil nya..jenuh ku dikerah ke kedai beli bahan-bahan..
View all 4 photos...

santapan rohani dipagi ramadhan yang ke 7

Quote:

mendidik hati dari blog http://radziahmuhamad.blogs.friendster.com/redhakuredhamuredhanya/bacaan_ilmiah/index.html

MENDIDIK HATI

Pertama sekali hendaklah kita mengikhlaskan diri kita dalam mencari ilmu Allah.
Buangkan jauh-jauh sikap syak wasangka dan sombong dalam diri..

sekarang kita mulakan...

Manusia diberi akal untuk berfikir..hati untuk merasai..
Kita diajar untuk percaya pada ketentuan Allah. Sebenarnya semua kesusahan dan kerosakan di muka bumi ini disebabkan kita tidak mahu berfikir tentang keWUJUDan dan keBESARan ALLAH.

Apa buktinya?

Buktinya kita perlu tanyakan pada diri kita sendiri.

Seandainya kita benar-benar merasai Allah itu WUJUD dan MELIHAT dan MENDENGAR nescaya kita tidak akan sudi untuk melakukan laranganNYA dan sentiasa senang melakukan suruhanNYA.
Semuanya bermula dengan iman iaitu yakin dan percaya akan KEESAAN ALLAH.

Cabarlah diri kita...apabila kita baca ayat-ayat ALLAH dan menghayati maknanya nescaya kita akan merasai suatu perasaan yang membenarkan ayat-ayat itu. Bacakanlah ayat-ayat ALLAH itu pada sesiapapun samada islam atau bukan islam. Jauh dalam diri mereka akan membenarkan ayat-ayat Allah.
Disinilah masalah yang perlu diambil PERHATIAN sebenarnya.. .

Tahukan anda mengapa setiap manusia itu akan terdetik dalam hati mereka ‘rasa’ untuk membenarkan ayat-ayat ALLAH? Inilah tanda-tanda kekuasaan ALLAH Maha Pencipta. Allah tidak menzalimi makhluknya dengan membiarkan mereka terbiar tanpa 'bekal' untuk mengenaliNYA.
Dalam diri setiap manusia itu ALLAH 'bekal'kan dengan ROH dan hakikat sebenarnya, ROH itu berasal dari ALLAH. Oleh sebab itulah setiap manusia yang di bacakan pada mereka ayat-ayat ALLAH akan merasakan kebenarannya. ..semua perasaan itu berpunca daripada ROH. Masya'Allah. ..

"Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. "
(AI-Hijr:28- 29)

Bagaimana menghidupkan ROH?

ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.
Mengapa membaca ayat-ayat ALLAH tidak mampu membuat hati merasai keWUJUDan ALLAH?
Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu berinteraksi dengan TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL.
[38.29] (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.

Jadi, Apa penyelesaiannya?

Penyelesaiannya ialah buangkan sikap SYAK DAN SOMBONG supaya kebenaran ayat-ayat ALLAH itu mampu meresap ke dalam HATI.Seterusnya hati akan bersetuju dengan kehendak ROH iaitu membenarkan, me’rasa’i dan menikmati keWUJUDAN ALLAH S.W.T.
AWASILAH bisikan syaitan yang sentiasa menghasut hati. Gunakanlah anugerah AKAL yang ada pada semua manusia untuk berfikir dan mendidik HATI supaya membenarkan kehendak ROH untuk bermunajat dengan PENCIPTANYA.

Tanda-tanda orang beriman..

Iman itu adalah percaya pada ALLAH. Dengan percaya kita akan mampu untuk merasai KEWUJUDAN ALLAH. Apabila kita telah benar-benar memahami IMAN maka kita akan dapat lihat banyaknya hikmah di sebalik KALAMULLAH. Kita akan dapat merasai sebenar-benarnya tanda-tanda KEBESARAN ALLAH dimana-manapun kita berada dan apa-apapun yang kita lihat. Tanda-tandanya hanya dapat di’rasa’i oleh orang-orang yang berusaha berfikir dan mencari KEBENARAN.

KESIMPULANNYA.

Ceritalah apa jua masalahpun.. .PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY, MASALAH NEGARA DAN APA JUA MASALAHPUN.. .apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.

[2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Mulakanlah dengan diri sendiri..kemudian keluarga dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH dan orang-orang yang beriman itu tidak dapat dibohongi oleh mereka yang pura-pura beriman.
Akhirnya marilah kita baca dan hayati makna Ayat dan hadith berikut :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Dalam sebuah hadits, digambarkan isi kandungan AL QURAN itu yang maksudnya sebagai berikut :
“Ali bin Abu Thalib r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : “Nanti akan terjadi fitnah (kekacauan)”. Ali bertanya : “Apakah jalan keluar dari kekacauan itu ya Rasulullah?”. Nabi s.a.w menjawab : “Kitab Allah (Quran). Di dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum dan sesudah kamu, hukum (peraturan) untuk menyelesaikan perselisihan di antara kamu. Quran itu perkataan yang tepat (berisi) bukan senda gurau (omong kosong). Siapa yang meninggalkan ajaran Quran, kerana takut kepada penguasa, nescaya orang itu akan dibinasakan Allah. Siapa yang mencari petunjuk selain dari Quran nescaya akan disesatkan Allah. Quran itu tali (hubungan yang teguh) dari Allah, pengajaran (peringatan) yang penuh hikmah, jalan yang lurus (benar). Kemauan tiada akan sesat apabila mengikutinya, lidah tidak akan keliru menyebut apabila menurutinya. Ahli ilmu tiada bosan untuk tetap mempelajarinya. Tiada usang kerana dibaca berulang-ulang dan keajaibannya tiada habis-habisnya. Ketika jin mendengar Quran, sampai mengucap : “Sesungguhnya kami mendengar Quran sangat mengagumkan, memimpin kepada kebenaran, lalu kami mempercayainya” . Siapa yang berkata menurut Quran, dia akan memperoleh pahala. Siapa yang menghukum menurut Quran, dia bersikap adil. Siapa yang memanggil kepada ajaran Quran, sesungguhnya dia dipimpin ke jalan yang lurus”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Hakim)


petang pula, anak bongsu kita si e-one tu buat ne ...


e-one release tension lagi.. ..saji ku di lipat...


nasib baik sempat ambil barang bukti... ...tiba kat umah nenek ngan atuk....jadi hit betul!!...sampai makcik oare terasa dah nak buat kuih raya sendiri...Alhamdulillah...


puff inti ayam ngan soup cambell buat berbuka .. mudah benar mebuatnya, intinya : ayam cincang, sup cambell, bawang besar potong dadu, mix vegetables, minyak untuk menumis ..dan akhir isi inti dalam instant pratha tu..jadikan puff, sapukan kuning telur di atas puff, bakar..hemm..faham dak?

Selamat Berbuka Puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak buat rakan taulan sekelian, yang jauh yang dekat, yang pernah jumpa yang tak pernah jumpa, yang meninggalkan jejak dan tidak meninggalkan jejak di sini .. pohon ampun dan maaf andainya Boxhousestudio tanpa sengaja telah menyinggung perasan kalian semua...yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari hamba empunya Boxhousestudio sendiri..


Saturday, 6-Sep-2008 07:26 Email | Share | | Bookmark
buka puasa ramadhan ke 5

kak ton sambut birthday anak bongsu dan suaminya
bubur suji brother rozzan
kita kasi kak ton, pil dan rumah saya sendiri
View all 9 photos...

sebelum mahgrib kita hantar cupcakes coklat dan fondan huruf ini ke rumah kak ton..Selamat Hari Jadi Emi & Papanya...Semoga panjang umur, murah rezeki serta dikurniakan kesihatan yang cemerlang..Amin...ok ini resepinya

Quote:

HERSHEY'S "PERFECTLY CHOCOLATE" Chocolate Cake
Ingredients:
2 cups sugar
1-3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup HERSHEY'S Cocoa (kita guna serbuk van houtan)
1-1/2 teaspoons baking powder
1-1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup milk
1/2 cup vegetable oil
2 teaspoons vanilla extract
1 cup boiling water
"PERFECTLY CHOCOLATE" CHOCOLATE FROSTING(recipe follows)

Directions:
1. Heat oven to 350°F. Grease and flour two 9-inch round baking pans.

2. Stir together sugar, flour, cocoa, baking powder, baking soda and salt in large bowl. Add eggs, milk, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes. Stir in boiling water (batter will be thin). Pour batter into prepared pans.

3. Bake 30 to 35 minutes or until wooden pick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost with "PERFECTLY CHOCOLATE" CHOCOLATE FROSTING. 10 to 12 servings.

VARIATIONS:

ONE-PAN CAKE: Grease and flour 13x9x2-inch baking pan. Heat oven to 350° F. Pour batter into prepared pan. Bake 35 to 40 minutes. Cool completely. Frost.
THREE LAYER CAKE: Grease and flour three 8-inch round baking pans. Heat oven to 350°F. Pour batter into prepared pans. Bake 30 to 35 minutes. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely. Frost.
BUNDT CAKE: Grease and flour 12-cup Bundt pan. Heat oven to 350°F. Pour batter into prepared pan. Bake 50 to 55 minutes. Cool 15 minutes; remove from pan to wire rack. Cool completely. Frost.
CUPCAKES: Line muffin cups (2-1/2 inches in diameter) with paper bake cups. Heat oven to 350°F. Fill cups 2/3 full with batter. Bake 22 to 25 minutes. Cool completely. Frost. About 30 cupcakes.

"PERFECTLY CHOCOLATE" CHOCOLATE FROSTING ( Boxhousestudio guna chocolate buttercream frosting..itu pasal rupa frosting tu cam kat atas tu...kalu pakai resepi ini dia serupa coklat la....resepi butter cream coklat kat sini @@)

1/2 cup (1 stick) butter or margarine
2/3 cup HERSHEY'S Cocoa
3 cups powdered sugar
1/3 cup milk
1 teaspoon vanilla extract

Melt butter. Stir in cocoa. Alternately add powdered sugar and milk, beating to spreading consistency. Add small amount additional milk, if needed. Stir in vanilla. About 2 cups frosting.

@@...daripada Wilton, kita copy and paste sahaja..

Dark Chocolate Buttercream Icing

We’ve intensified the flavor to make Dark Chocolate Buttercream Icing an amazing way to finish your cakes and cupcakes.

Source: Cupcake Fun
Tools:
Electric mixer

Ingredients:

1/2 cup solid vegetable shortening
1/2 cup butter or margarine
1 cup cocoa or seven 1 oz. unsweetened chocolate squares, melted
1 teaspoon Clear Vanilla Extract
4 cups confectioner's sugar sifted
4-5 tablespoons Milk
Light Corn Syrup (optional)
Makes: Icing serves about 3 cups.

instructions:

1. Cream shortening and butter with electric mixer.
2. Add cocoa and vanilla.
3. Gradually add sugar, one cup at a time, beating well on medium speed. Scrape sides and bottom of bowl often.
4. When all sugar has been mixed in, icing will appear dry.
5. Add milk and beat at medium speed until light and fluffy.
6. Add 3-4 tablespoons light corn syrup per recipe to thin icing if desired.

Keep icing covered with a damp cloth until ready to use.




bali dari ofis, kita siap kan bubur suji dan blog abang rozzan, cepat je buatnya, cepat keras dan kalau nak sedap makan sejuk-sejuk ...terima kasih ya...dah banyak kali boxhousestudio buat..memang sesuai untuk pemanis mulut dalam bulan puasa ni dan orang tua-tua memang suka...dulu mak kita buat bubuh dalam mangkuk kecil dan bubuh kismis kuning tu banyak-banyak..tu yang terkenang tu...

siap aje buat bubur suji, bergegas keluar rumah gi hantar kek kat rumah kak ton, sebenarnya kita memang bercadang nak buka rumah dia, dia pun dah tanya anak kita suka makan apa, sebab dia tahu anak kita memilih kalu nak makan, itulah takdir ya....dapat jemputan pula dari mak mertua..psst..... kita lum lagi berbuka kat umah dia ...umah mak abah kita sudah ..bersahur dan berbuka hari pertama kelmarin...oh jangan tak tahu bubur suji ni pun dah sampai ke rumah mak kita juga lebih kurang pukul 12 malam sebab Ayah Chu kita dari Ipoh singgah nak berbuka kat umah kita tapi kita ajak dia gi umah mak mertua...Alhamdulillah sempat Ayah Chu berbuka sama-sama di umah mil dan lepas sembahyang terus bertolak ke rumah mak kita..besok tu mak kita call ucap terima kasih, rupanya dia memang teringat dan dah terasa-rasa nak makan bubur suji ne..aduhai.....gambar kat atas adalah sebahagian lauk pauk dari rumah mil, lagi ada gulai lemak labu, dan banyak lagi...psst...segan le pulak nak ambil gambar beria dah lah tak tolong masak..ehhemm kita kerja la., pastu sibuk pulak nak ambil gambar waktu orang nak berbuka, rasa salah le pule.. ..he he.....ok nanti boxhousestudio update resepi...anak dah panggil ajak beli bahan kuih...aduh...dah dilipatnya gambar kuih kat dalam majalah saji tu,...ya ya mak datang ne... jom gi kedai....

Seperti dijanjikan ini resepinya...mudah sahaja membuatnya...
Quote:

BUBUR SUJI
Dari Blog Abang Rozzan

Bahan bahan:-
350 gm tepung suji
1350 ml air
1 tin besar susu cair/sejat
½ botol air mawar (boleh kurangkan sedikit)
300 gm gula
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
sedikit pewarna kuning (optional)
secukup kismis- abt 150 gm
(digoreng dgn sedikit minyak sapi, diketepikan)
secukup badam-abt 50 gm
(dibuang kulit, hiris memanjang, digoreng hingga kekuningan)
secukup gajus-abt 150 gm
(digoreng hingga kekuningan, separuh dicincang kasar2, separuh dibiar sebiji-sebiji)

Cara:
1. Masukkan suji, air, susu cair & gula ke dalam sebuah periuk besar dan kacau hingga sebati.
2. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau-kacau agar suji tidak bergentel.
3. Setelah suji pekat, masukan air mawar, minyak sapi, pewarna kuning, garam, sedikit kismis goreng dan gajus cincang.
4. Pastikan adunan suji tidak terlalu pekat sbb kalau ia sejuk akan menjadi lebih pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Setelah itu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Cara Menghiaskan Suji
1) Bubuh suji ke dalam bekas-bekas kecil (ataupun saiz mengikut citarasa anda).
2) Taburkan sedikit kismis goreng, hirisan badam goreng dan gajus.
3) Akhir sekali bubuh ceri ditengah-tengah.

Nota: Untuk acuan yg saya gunakan itu, kita dapat menghasilkan kira-kira 24 bekas suji



bubur suji dari blog brother rozzan


pecal mil buat masa berbuka hari jumaat di rumah dia ..kita memang peminat sayur celur cam gini


ini kuah pecalnya...rasa nak di 'sudu' kuah kacang tu jugak



Thursday, 4-Sep-2008 06:53 Email | Share | | Bookmark
Lepas Sembahyang Terawih yang ke 4..my boy buat nasi goreng ...

nasi goreng yang boy kita masak...
siap berhias....
ha resepi nya...kertas percubaan BI UPSR 2008..he he

kita nak cerita ne pasal ewan, anak kita yang nak peksa sikit lagi tu, lepas sembahyang terawih di surau..dia ajak kita gi dapur tolong dia masak?...masak?..masak apa ewan?..dia kata nasi goreng..
terfikir juga..bila pula dia ni pandai buat nasi goreng?..kita pun tanya?..mana belajar buat nasi goreng?..dia tak cakap tapi di tunjuknya resepi datang dari sini..


haaa?.... tu dia jangan kata dalam internet, buku-buku masak, majalah-majalah dan dalam tv je ada resepi, dalam kertas ujian percubaan UPSR 2008 bagi subjek Bahasa Inggeris SK Kertas 1 pun ada resepi..lihat di muka surat 14 soalan 36 - 40 ....aduh.. aduh kuat penangan masak ne.. ok jom tengok soalan peksa tu dulu ..jawab soalan dengan tenang...tarik nafas ...hembus nafas...

Quote:

SULIT 14

Questions 36 - 40
Read the recipe below and answer the question that follow.

"GRANNY'S SPECIAL FRIED RICE"
Try this! A homemade traditional recipe.... It's simple, yet tasty

Ingredients :

2 cups of cooked rice
2 eggs - beaten
1 onion - sliced finaly
4 pips of garlic
1 tablespoon of ikan bilis (pound together with garlic)
1 carrot - diced
2 tablespoons of cooking oil
A dash of oyster sauce
salt and pepper to season
* prawn paste (optional)

Method :

1. Heat the oil in the wok

2. Fry the pounded ingredients and the sliced onions

3. Add the diced carrots

4. Stir fry until is cooked

5. Add eggs

6. Add salt and pepper

7. Stir in the cooked rice

8. For extra seasoning, add oyster sauce and mix well

9. Finally, dish out and serve with your favourite garnish




Quote:


SULIT 15

36 The fried rice is a ........................ meal
a. western
b. spicy and hot
c. delicious seafood
d. simple homemade traditional

37 What is the first step in making the fried rice?
a. adding the salt
b. frying the onions
c. adding the cooked rice
d. garnishing and serving

38 The carrot must be ........................
a. diced
b. sliced
c. chopped
d. pounded

39 Which of the ingredients are used as seasoning?
a. rice, eggs and onions
b. garlic, salt and pepper
c. eggs, carrots and ikan bilis
d. salt, paper and oyster sauce

40 Which of the following ingredients can you exclude from the recipe?
a. oyster sauce
b. prawn paste
c. eggs
d. rice

014/1 KERTAS SOALAN TAMAT SULIT



heemm...dah dapat jawapannya? mudah kan?....



amboi nak, siap tabur serbuk paprika ni..next time buat 4 pinggan ya Granny"s Special Fried Rice ne...nanti tambah 4 kali bahan-bahannya k..aaa? ....apa?..dah licin?... ..apa apa pun mak ucap Tahniah kat anak mak ne ...Alhamdulillah...Experiment ko tu menjadi...Terima Kasih ALLAH..ooooh lain kali senang la, kalu mak sakit, leh Rizwan tolong masak untuk mak tau... ..Mak nak comel-comel cam gini...boleh kan?..


Tuesday, 2-Sep-2008 14:35 Email | Share | | Bookmark
BUAH MELAKA..buat berbuka pada ramadhan ke dua...

nama kuih ni buah melaka
intinya kita guna gula melaka potong kiub..
Alhamdulillah, Boxhousestudio dapat award dari Rinz..ini dia,


Terima Kasih Rinz, dari http://rinzura.fotopages.com Salam Ukhuwah dari Akak moga diberkati dan diterima puasa kita kali ini..Amin.

ok , Boxhousestudio tak pandai masak, kala salah tolong tunjukkan ya, jom tengok apa kita buat pada puasa hari kedua, si bongsu minta kita buatkan buah melaka...dia suka katanya, balik kerja kita gi cari gula melaka, tepung pulut, ngan kelapa parut. Kelapa parut sebiji RM1.50 itu pun banyak berlebih, gula melaka seketul RM2.50..mak ai mahal tu..ni ha resepinya..kita ambil dari buku resepi khusus KBSM, edisi kedua, Robaayah Hj Abdul Wahab dan Susan Manikam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd..pada yang baru-baru nak belajar masak yang asas..elok ada buku ne...buku masak sekolah ...senang nak ikut dan pasti jadi...InshaALLAH...simple dimple resepinya...jom tengok ..buah melaka ne kita ngan Rizwan buat sesama...


Quote:

BUAH MELAKA (MEREBUS)

untuk doh: (kita buat 3 kali ganda.....lahap le pulak ..perasan dak?...air tak di catatkan dalam buku ne...kita kena fikir sendiri..boxhousestudio bubuh air sikit-sikit sampai doh boleh di bulatkan dan bersih jadinya mangkuk pengadun doh tu..uli tangan tau.. )

90 gram (3 oz) tepung pulut (diayak)
1 camb air pandan
pewarna hijau (beberapa titik)

untuk inti: ( kita potong kiub kecil-kecil dan tak guna gula pasir-gula melaka tu dah kick!! ..sedap)
1/4 keping gula melaka (diracik halus)
1/2 camb gula pasir

untuk saduran: (masa beli kelapa parut tu boxhousestudio dah pesan, mahu putih saje tau, lain la kalau nak perah )
3 camb kelapa parut (dibuang kulit ari)
sedikit garam halus

untuk kelongsong/bakul: (boxhousesudio tak buat)
8 helai daun pisang 7.5 kali 15cm (3 kali 6 inci)

Cara membuatnya:

1. Sediakan inti dan kelapa

2. Sediakan doh
a) campurkan air pandan dan warna hijau dengan secukupnya ke dalam tepung pulut
b) gaul rata untuk mendapat doh yang kental

3. Masak air anggaran 1/2 periuk
4. Gelekkan doh menjadi seperti sosej panjang dengan diameter 12 mm (1/2 in) (boxhousestudio terus gentel bulat-bulat...skip cara ke 4 dan 5)
5. Potong menjadi keratan kecil yang sama besar

6. Membuat kuih :
a) Bentukkan tiap-tiap sekeping menjadi bulat. Kemudian rata-ratakannya sedikit
b) Masukkan sedikit inti gula di tengah
c) Golekkannya supaya menjadi bulat semula. Buat begini sehingga habis semua doh

7. Memasak kuih:
a) Masukkan bebola dalam air mendidih hingga ia timbul di permukaan air
b) Tuskan dengan senduk dan golekkan ke dalam kelapa
8. Hidangkannya dalam kelongsong atau bakul daun pisang

Hidangan 4 orang (kalu ikut resepi betul-betul la..sekali hidangan..kita orang rasa sikit tu yang buat sampai ganda 3 he he...rupanya ganda 2 tepungnya dah cukup dah sebab bulan puasa sekali makan je, nanti sahur dah tak lalu lagi...hemm..lain kali boxhousestudio buat buah melaka dari resepi yang lain pula..yang itu tambah kapur..alla kapur yang orang buat makan sireh ..dari chef selebriti Puan Noraini...hai..memacam buku masak kat rumah tu..nampak beli ..nampak beli )

Anggaran kos:.......



Buah Melaka hasil tangan Rizwan dan maknya..jom makan kita bubuh intinya banyak-banyak...

emmm...boxhousestudio dapat award dari merpati66 aka ida isk aka agent 66 aka agent in pink..berapa banyak agent da.. ...



Sunday, 31-Aug-2008 00:01 Email | Share | | Bookmark
MALAYSIA....MERDEKA!!!....MERDEKA!!!......MERDEKA!!!

chocolate chips muffin mamafami yang berchips sebutir sebutir tu
nak bawak rumah cikgu othman cikgu tuition rizwan


Quote:
31 Ogos
Artist: Sudirman

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka




Chocolate Chips Muffins Kak Liza yang si hitam manis dan Chocolate Chips Muffins Mamafami yang bertahi lalat alla-alla Kak Pah Aini tu ...

nak tahu kenapa CCM Mamafami punya kurang?..psst ..jangan cakap orang tau...kanda kita terlupa nak keluarkan..dia kata dia tak dengar bunyi loceng amaran oven itu...boleh percaya kah?... ..bukan kita tak nak tunggu sampai siap, kita minta tolong kanda sebab pagi masa kita buat tu...kita terima panggilan talipon dari sepupu pak mertua suruh datang ambil kek dam kat rumah dia...memandangkan mak mertua kita pun nak balik rumah dia sebab dah pukul sebelas pagi (oh dia dari pasar tanjong malim singgah rumah kita beli barang pasar dan surat khabar utusan untuk suami dia..mil ni dia tak tahu duduk diam...tu pasal dia bawa kereta sendiri, senang katanya, bebas dan lekas Alhamdulillah berdikari betul dan kuat semangat orangnya ) . Balik pada cerita tadi kita pun gi amek kek dam...waktu tu budak Ah Cat tengah cat rumah luar dah hampir 99% siap dia mengecat...boleh diharap la budaknya...kita bawak Ah Cat naik kereta dengan kita pergi amek kek dam...sebab lepas tu karang singgah rumah mil and fil dia orang nak mintak tolong cat atap rumah...tak tahu la jadi ke tidak si Ah Cat tu mengecat atap ....kita biarkan dia bincang sendiri...balik pada kisah kek dam, yang kita berkenan sangat ngan kek dam ni bukan apa, Rizwan suka sangat...dia suruh kita buat tapi kita tak buat-buat lagi..kita pun tak tahu yang makcik ne...Mak Uteh namanya pandai buat kek dam tu ...umur nya dah hampir 80...upps kita tak dera ya ...she ever willing to do tau, dia kata tiap kali raya anak-anak saudara dan cucu cucu dia memang dia buat kan satu sorang..ha ..tu dia...dulu dulu dia jual rm10-00 katanya, adalah besar loyang bulat 6 inci...nak tengok nanti kita tunjuk k...masih dalam peti ais, sayang nak potong ..tapi sayang-sayang nanti tak makan pula...

ok ni resepi chocolate chips muffin kak liza,...nak bagi tahu dulu kita ada buat chocolate chips muffin mamafami yang kita puji melambung tu ...sepatutnya rupanya yang macam dalam gambar ni la...adunannya tak payah di kokokan sebab chocolate chips tu dah buat dia nampak cun melecun...tang kak liza punya pula patutnya adalah tabur choc chips nya...tapi lupa la pulak..he he nak tahu kenapa?...rupanya kita ni kalau ada orang tengok ..kita kekok...nak tau siapa tengah tengok?..mak mertua la..pepagi lagi dia dah muncul...kah kah kah...aleh-aleh kita jamu sarapan untuk dia muffins yang panas-panas, air masak..mil yang nak air masak ya... ...dan nasi goreng ikan bilis bercili padi...... errr...nak dengar cerita lagi...kenapa kita buat muffins ne..Rizwan nak bawak umah cikgu tuition dia...kalau tak awal-awal pagi kita dah terbang jumpa abang dia kat asrama, aleh-aleh petang baru bertolak ke n9 lepas pergi khenduri rumah Cikgu Othman, dia buat lepas Zohor... kita tengok resepi muffin kak liza...dia punya yang rupa coklat tu..


Thank you Kak Liza beri kita idea untuk buat Muffins ini...memang cepat siap...terima kasih kak..tapi kita lupa bubuh chocc chips kat atas permukaan muffin masa nak masukkan dalam oven ..
Quote:

CHOCOLATE CHIPS MUFFINS (Kak Liza)
[30 biji muffin]

Bahan A
1 cawan butter [cairkan]
2 cawan susu segar
2 biji telur [pukul sedikit]
1 s/k esen vanilla

Bahan B
3 cawan tepung gandum ]
1/2 cawan serbuk koko ] ayak 2 kali
2 s/k baking powder ]
1/2 s/k soda bikarbonate ]
2 cawan gula perang

coklat chips secukupnya (kita terlupa nak tabur kat atas muffin...lain kali kita buat lagi, kita taruk ya )
kertas muffin

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit.
2. Alaskan kertas muffin dalam mangkuk muffin atau loyang muffin.
3. Masukkan Bahan B dalam mangkuk dan gaulkan rata.
4. Masukkan pula Bahan A dalam mangkuk Bahan B dan kacau rata gunakan whisker atau senduk kayu.
5. Masukkan dalam kertas muffin sehingga 3/4 mangkuk kertas.
6. Taburkan coklat chips diatas adunan.
7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.



dan chocolate chips muffins Mamafami yang berchips sebutir-sebutir ya..harap tidak keliru..
sebelum ni kita ada buat tapi dalam bekas muffin tinggi dan kita tambah koko, anak bujang kita suka...tapi yang originally muffins tanpa serbuk koko ni, ayah dia pula yang suka katanya sudah cukup menarik dengan choc chips sebagai penyerinya...ok kita letak sekali lagi resepi Chocolate Chips Muffins evergreen MamaFami ..senang tul membuat kedua-dua jenis muffins ni...untuk kita yang sentiasa berkejar dengan masa, sesuai sangatlah...Terima Kasih sekali lagi Mamafami dan juga Kak Liza....


Quote:


CHOCOLATE CHIPS MUFFINS (Mamafami)..
(nak beritahu entry yg lepas kita tambah koko powder pada muffins ni ya..jangan terkeliru tau...Mamafami jangan mare kita test power.. )

INGREDIENTS:
Makes 12 medium muffins

180g all-purpose flour
195g superfine flour
5 tsp baking powder
1/2 tsp salt
210g castor sugar
2 large eggs, lightly beaten
300ml milk
110g butter, melted and cooled
100g chocolate chips
1/2 tsp flour for dusting chocolate chips

METHOD:

Preheat oven at 200 degC. Line muffin tray with paper cups.
Sift flours, baking powder and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture. Use a whisk to lightly blend the mixture.
In another mixing bowl, combine egg, milk and melted butter.
Lightly dust chocolate chips with flour (to prevent sinking in batter).
Make a well in the middle of dry ingredients. Add the wet ingredients and mix just until all the flour is moistened. Fold chocolate chips into batter. The batter should look lumpy. Do not overmix.
Divide batter into 12 muffin cups. Reduce temperature to 180degC and bake muffins for 25-30 minutes or until well risen.
Transfer to wire racks to let cool.



[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net