boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 29-Aug-2008 03:15 Email | Share | | Bookmark
RAMADHAN BAKAL DATANG LAGI....dan anugerah dari sahabat-sahabat.

Kita stop kejap kisah di Port Dickson kita hayati Ramadhan yang akan muncul...


TERIMA KASIH ZIRA DARI ZIRA'S FOTOPAGE

Quote:




Quote:
ANDAI KU TAHU -UNGU
Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Chorus 1:
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Chorus 2:
Aku takut akan semua dosa-dosa ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa-dosa ku
Ampuni aku menagisku bertaubat pada-Mu

Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata taubat pada-Mu

Ulang Chorus 2

TERIMA KASIH HASLINA kongsi you tube ini serta kisah ramadhan...boxhousestudio suka sangat


TERIMA KASIH MAT GEBU DARI DAPUR TANPA SEMPADAN


THANK YOU IDA@MERPATI66


THANK YOU KAK LIZA@HANIELIZA


Friday, 29-Aug-2008 01:40 Email | Share | | Bookmark
CUTI-CUTI DI THE REGENCY TANJUNG TUAN BEACH RESORT..PART 2

The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson Malaysia
3 hari 2 malam
22-24 Ogos 2008
Mil & Sil Ulang Tahun ke 47

Entry kelmarin kita sambut hari ulang tahun ibu bapa mertua, kali ni pula kita sambut hari jadi anak-anak Ogos ni...Selamat Hari Jadi Kerry pada 22hb, Ola pada 16hb dan Rizqin pada 31hb Ogos nanti...


Happy Birthday ..


pemandangan laut dari balcony tempat kami menginap tu..psst pil yang sponsor he he..Alhamdulillah..


kalu nenek dan atuk sponsor lebih dari tiga hari dua malam...bebudak ni sanggup aje...lain kali kalu nak bawak bebudak jalan bawak depa jumpa air..habis hati tul dia orang ni...


ini le muka bebudak yang sambut birthday tu..muka terbakor...


Selamat Hari Jadi Anak Ogos..lain kali ajak nenek ngan atuk datang lagi ke laut tau..

Quote:

Orange Butter Cake Bebop

Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau atau/dan tambah 2 sudu besar orange paste

Cara-caranya
Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega
hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula
sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange
juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau
sebati.Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan
butter dan adun sebati. Tuang adunan kedalam loyang 9" dan bakar
dalam 30 – 40 minit pada suhu 170'C. Nak masuk dalam cupcake pun
boleh jugak. (Boxhouse tak bubuh dalam loyang besar tapi buat dalam souffle cups)

ULASAN : Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan
betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu
menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

ORANGE CHEESE FROSTING (boxhousestudio tak buat because nak hias dengan fondant)

120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
1 sudu besar orange paste

Masuk semua dalam mixer dan pukul hingga kembang dan sebati. Boleh
sediakan in advance lepas tu simpan dalam peti sejuk dan gunakan kemudian...
Warnakan ikut suka..




Tuesday, 26-Aug-2008 02:29 Email | Share | | Bookmark
CUTI-CUTI DI THE REGENCY TANJUNG TUAN BEACH RESORT..PART 1

kul 2 malam baru siap..esok nak bawa ke pd..tidur cepat ..he he.
posing dulu..dah,dah,dah gi tidur besok nak bawak kete jauh tu..
dah sampai..kat tepi pantai ada bbq..surprise kat depa...
View all 6 photos...
The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson Malaysia
3 hari 2 malam
22-24 Ogos 2008
Mil & Sil Ulang Tahun ke 47



kek fondan ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah mertua ku yang ke 47


yang diraikan...semoga bertambah-tambah kasih sayang membawa ke syurga..amin..amin...yarabbalallamin....

okey kek ni kita buat dua lapis..kek diatas kek butter dan kek di bawah kek karot..nanti kita sertakan resepi ya..oh ya kek cawan tu kek butter...penat juga membuatnya...mana taknya nak menghias tu ambil masa la...nak kena fikir lagi...lain kali jangan buat semua dalam satu masa tau .......itu la tu...


nanti boxhousestudio kasi resepi k...tunggu tau...


Quote:

KEK LOBAK MERAH
Dari : Blue Key

BAHAN-BAHAN
Tepung Berserbuk Penaik “Blue Key” 375g (2 ½ cawan)
Serbuk Penaik 6g (1 ½ sudu teh)
Baking Soda 4g (1 sudu teh)
Serbuk Kulit Kayu Manis 3g (1 ¼ sudu teh)
Garam 1g (1/4 susu teh)
Gula Merah 135g (3/4 cawan)
Gula Castor 180g (1 cawan)
Telur 200g (4 telur)
Minyak Jagung *Krystal* 100g (1 cawan)
Mentega Cair 100g (1 cawan)
Lobak (diparut) 355g
Kacang Walnut (dicincang) 30g

HIASAN (Boxhousestudio guna Fondan ya untuk kali ini)
Krim Keju 180g (3/4 ketul)
Mentega 40g (3 sudu makan)
Gula Ising 40g (1/3 cawan)
Jus Limau (Pilihan) 5g (1 sudu teh)

CARA-CARA
1. Panaskan oven pada suhu 180’C (350’F).
2. Ayak tepung berserbuk penaik ‘Blue Key’ bersama serbuk penaik dan baking soda.
3. Campurkan lobak yang diparut, minyak jagung, mentega cair, serbuk kulit kayu manis, gula merah, gula castor dan telur.
4. Gaul dan kisar hingga adunan itu menjadi lembut. Kemudian, kisar bersama kacang walnut yang telah di cincang.
5. Tuamg adunan ke dalam acuan berukuran 22 cm x 22 cm x 5 cm atau 9 in x 9 in x 1.5 in
6. Masukkan kedalam oven selama 45 minit hingga 1 jam.
7. Biarkan kek lobak itu sejuk.
8. Kemudian hiaskan bahagian atasnya dengan krim keju. Masukkan kek itu ke dalam peti sejuk.
9. Hiaskan Krim Keju : Untuk menyediakan krim keju sebagai hiasan, masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Kisar sehingga lembut dan sapukan dipermukaan kek.
(untuk kek kali ini no 8 dan 9, Boxhousestudio tak buat dengan Hiasan Krim Keju tapi di hias dengan Fondan serta apricot glaze)


Monday, 18-Aug-2008 06:32 Email | Share | | Bookmark
CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

muffin kegemaran anak-anak mamafami juga anak kita...

Kali ini di lokasi yang sama seperti di entry yang baru saja lepas, kita buat muffin ne...to Mamafami ini la muffin evergreen dalam keluarganya...anak-anak dia paling suka makan dan bertambah-tambah...kita buat muffin ni tapi kita tambah koko dalam adunan biar lagi terasa coklatnya..anak kita memang suka...rasa suka sangat...bukan mudah nak bagi depa tu terus nampak terus ngap...banyak sangat komen nya...tapi tidak untuk muffin chocolate chips muffin yang ini...sudahlah senang, cepat dan yang paling best terus anak-anak ngap...heemmm...Alhamdulillah ...pada Mamafami terima kasih, pada Shida Aziz terima kasih, dan juga pada Jo Deli's Bakery terima kasih...
kalau nak sahkan lagi jom kita baca celoteh mamafami kat sini... http://mamafami.fotopages.com/?entry=679019 ..betul kan apa kita kata?... .lepas ni kita buat blueberry muffin dari fp maklang ulampegaga tu. ..lama betui pending ...anak murid ni lemah lembut maklang oooi....


CHOCOLATE CHIPS MUFFINS (opps nak pesan ni...choc chip muffins ne sebenar rupa tak lah coklat tapi kita saja tambah serbuk koko tau...mamafami mu jangan marah kita k...kita saja cuba try test..entry yang atas kita buat yang ori...tapi dapat sikit je, gara-gara abang kita lupa nak keluarkan dari oven..adalah dalam 25 ketul terbang....kah kah kah ..moral of the story. .next time tunggu sampai siap ...jangan ganggu orang lain... )

INGREDIENTS:
Makes 12 medium muffins

180g all-purpose flour
195g superfine flour
5 tsp baking powder
1/2 tsp salt
210g castor sugar
2 large eggs, lightly beaten
300ml milk
110g butter, melted and cooled
100g chocolate chips
1/2 tsp flour for dusting chocolate chips

METHOD:

Preheat oven at 200 degC. Line muffin tray with paper cups.
Sift flours, baking powder and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture. Use a whisk to lightly blend the mixture.
In another mixing bowl, combine egg, milk and melted butter.
Lightly dust chocolate chips with flour (to prevent sinking in batter).
Make a well in the middle of dry ingredients. Add the wet ingredients and mix just until all the flour is moistened. Fold chocolate chips into batter. The batter should look lumpy. Do not overmix.
Divide batter into 12 muffin cups. Reduce temperature to 180degC and bake muffins for 25-30 minutes or until well risen.
Transfer to wire racks to let cool.

mari la cuba buat ... kalu kesuntukan masa, tapi nak bawak buah tangan bila pergi khenduri, melawat orang sakit, pergi jumpa adik-beradik, jumpa mak ayah ke atau apa sahaja acara...buat muffin ni...cubalah...psst...ini pesanan dari kakliza tau...super duper senior ku itew...

Quote:

untuk anak-anak ku serta diri ku dan juga ayahnya ingatlah....

Subject: Rahsia As-Solat
-------------------------------------

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita daridunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka
mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika
ada di kalangan kamu yang perasan!!! Wassalam.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... Wallahu'alam.


Friday, 15-Aug-2008 02:25 Email | Share | | Bookmark
OATS & RAISINS MUFFIN

muffin oat beserta buah-buahan
mari la rasa...bagus untuk sarapan pagi..
Alahai mamafami susah-susah je...kasi kita award ni...psst ... ma tau ya kita suka peluk bear ya? ...tinggal tunggu nak peluk bear betui je...


geramnya..

Ok untuk resepi kali ini..kita buat muffin oats..sedap dan elok pula rupa parasnya..kita suka la..kata Madiha muffin ni penuh dengan cereal & raisins.. ianya sesuai untuk mereka2 yang health concious... Boxhousestudio copy & paste sahaja resepinya.. kita orang berdua ni pun lupa dari mana resepinya datang ...pernah nampak kelmarin....he he...apa-apa pun meh cuba buat, senang sangat, dah siap dan seuai untuk healthy breakfast....betul.....cuba la....

BUTTER OAT MUFFIN
(ini nama sebenar muffin ni.. MaDiHa tu yang memandai tukar kepada Oats & Raisins Muffin... jangan marah yer empunya resepi..aa kan MaDiHa...jangan marah eik yang empunya resepi.... ....)

Ingredients

150gm flour
1 teaspn baking powder
50gm bran (I substituted with 50gm instant oat)
250ml evaporated milk ( I substituted with 250ml fresh milk)
25gm margarine
50gm castor sugar (I substituted with 45gm brown sugar)
1 egg (beaten slightly)
20gm black raisins
Pinch of salt

Instuctions :
1. Soak instant oats in milk for 5 minutes.
2. Sift together flour, baking powder and salt in a bowl.
3. Hand beat margarine and sugar till creamy for approximately 5 to 7 minutes.
4. Add in egg and beat, mix well.
5. Add in oat mixture.



masa ni kita makan kat taman sekolah anak sulung kita...
hari tu hari ahad 10 August 2008..hilang rindu pada mu nak.. ..mak happy sangat...

ini pula tanda ingatan pada anak-anak mak dan mak juga serta ayah...

Quote:

Penuhi permintaan ibu baba lebih baik dari jihad
---------------------------------------------------------------------

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu baba demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih prihatin.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa
-------------------------------------------------------------------------------------
1 - Memberi nafkah
2 - Menyediakan tempat tinggal
3 - Memberi kasih sayang
4 - Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
5 - Memenuhi permintaan
6 - Melakukan apa yang disukai
7 - Bercakap dengan lemah lembut
8 - Menghadiahkan kejayaan
9 - Meluangkan masa bersama-sama
10 - Memberi perhatian

Sayangilah mereka sementara mereka masih ada

Terimakasih yangdahlia berkongsi ingatan yang tulus ini..


jom makan muffin oats...marila...


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net