boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 05:08 Email | Share | Bookmark
CORNFLAKES ROCHER DETOX



Resipi ini dari Saudari Noorin@Detox. Katanya resipi ini ala macam Ferraro Rocher yang kita makan tu. Haaa kalau tak nak beli boleh buat sendiri. DianaJMK pula telah memanjangkan resepi ini pula bagi pihak Detox untuk di cuba bersama-sama kita semua. DianaJMK kata kalau dah jelak dan jemu dengan biskut raya buat Cornflakes Rocher nih sure laku macam Mrs Fields Cookies Detox. Thank you ya....


CORNFLAKES ROCHER DETOX
Sumber: Noorin@Detox

Bahan-bahannya

200 gram coklat masakan
80 gram cornflakes
(beli cornflakes yang mahal sikit – Kellogs atau di Bake with Yen yang sekilo RM11, jangan gunakan Nestle – keras)
40 gram kacang hazelnut, dicincang ataupun badam cincang, dipanggang
(kita pakai kacang Good Menglembu, buang kulit keras dan tak sempat pulak nak buang kulit dalam terus terblender kasar...ok je.. )

Cara-caranya
1. Cairkan coklat masakan, boleh masukkan dalam microwave untuk 30 saat lepas tu kacau kacau sikit dan masukkan lagi untuk 30 saat. Jika tak ada microwave boleh guna teknik double boil untuk cairkan coklat. kita pakai teknik double boil je..
2. Kemudian masukkan cornflakes yang telah diramas sikit dan kacang hazelnut/ badam cincang. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia rata. (kita pakai kacang good menglembu ...tu je yg ada waktu tu.. )
3. Kemudian boleh letakkan adunan kedalam papercups dan kalau rajin hiaslah dengan coklat putih drizzle diatasnya. (Aduhai kita tak buat la...tapi kalau buat pasti cantik..kita pakai je cup merah untuk naik seri..kalau berhias lagi tak sempat nak ambil gambar kut.. )
4. Kemudian masukkan dalam fridge sehingga ia mengeras.

Senangkan?..

Memang sedap...anak kita cerewet mengenai makanan...tapi dengan CORNFLAKES ROCHER DETOX kalau dibiarkan dia pasti habiskan 2 ke 3 balang...PERCAYALAH..

Terima kasih pada yang empunya resepi...






Quote:

zana...yang treasure tu pulak yang mana satu resepinya...kalau teringat beritahu kita ya..tq

ana....nampak gayanya kita ne jenis suka buat kek, puding, cookies dan roti le..kan?

jeff.....tak apa jeff...banyak lagi makanan yang pasti jeff suka.....nanti kakak buat yang lain pulak ya..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net