Want your
own Fotopage?



























 
boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSE STUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 11-Nov-2007 05:30 Email | Share | Bookmark
FATIHAH BUAT TOK

jenazah tok sampai dari kpj ipoh specialist centre
jenazah tok dibawa kedalam rumah
alQuran dan alhadis
tempat mandi jenazah
disembahyangkan
berlalu untuk pergi
sanak saudara menanti
di angkat ke kereta jenazah
tinggal kenangan
talkin dibacakan
mak dan wan yom...sabar lah..
disinilah tok bersemadi selepas 92 tahun hidup diatas dunia ne..
Assalamualaikum kenalan-kenalan ku semua...

Lama ku tak berfp kerana sentiasa berulang alik melawat Tok sampailah ke akhir hayatnya pada
11-11-2007 selepas selesainya Syawal ketika umurnya mencecah 92 tahun. Mak dan abah dari awal telah pergi menemankan nya. Pada asalnya tok demam masa menyambut emak di pintu rumahnya. Dia berbaju kemeja lengan panjang kerana sejuk katanya. Mulai saat itu tok terus terbaring, jauh beza dari masa hari raya yang baru berlalu boleh borak-borak makan bersama baca suratkhabar siram pokok bunga pergi rumah jiran berhari raya. Pada malam hari Deepavali baru-baru ini penghujung raya puasa lebih kurang pukul 1 malam Tok mengerang kesakitan. Semua berkumpul dengan hasrat untuk menenangkan, tapi kesakitan yang Tok tanggung berlarutan. Subuh Jumaat dalam gema azan subuh, Tok dibawa ke KPJ Ipoh Specialist Centre jalan tambun menaiki ambulan. Tok ditempatkan di bilik 242 (high dependency) wad 5 tingkat 2 sehinggalah akhir hayatnya. Paling menyentuh perasaan ku bila dia menghulurkan sampul surat berisi wang kepada ayah Chu ku, khas untuk upacara pengkebumiannya beberapa hari sebelum segala peristiwa ini terjadi. Kala saat ku menulis ini sebak didada menyaluti.................






Quote:
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala sesuatu akan mati kecuali Allah. Allah yang punya perintah dan kepada-Nya kamu dikembalikan. Tiap-tiap diri akan merasakan kematian, dan bahawasanya pahala untukmu dicukupkan di hari kiamat. Orang yang beruntung ialah orang yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Kehidupan di dunia ini hanya kesenangan yang memperdayakan”(Ali Imran: 185) “Dari tanah kami jadikan kamu, dan kepada tanah Kami kembalikan dan dari tanah juga kamu akan Kami hidupkan sekali lagi.” (Thaha: 55) Dari tanah Kami jadikan kamu (untuk mencari upah dan pahala), kepada tanah Kami kembalikan kamu (untuk dimakan ulat dan tanah) dan dari tanah kamu akan dikeluarkan (untuk menghadiri padang mahsyar dan untuk melakukan pemeriksaan). Dengan nama Allah, dan dengan Allah, dan dari Allah dan kepada Allah dan atas agama Rasulullah. Inilah yang dijanjikan Tuhan dan benarlah perkataan Rasul-rasul. “Hanya dengan sebuah suara keras, lantas semua orang di bawa kehadapanKu.” (Yasin:52-53) Hai si Anu anak si Anu, hai hamba Allah anak hamba Allah, mudah-mudahan Allah mengasihi kamu, dunia dan segala kemegahannya sudah habis untukmu, sekarang kamu sudah dalam permulaan alam barzakh, maka janganlah engkau lupakan ikrar yang telah engkau ikrarkan di dunia untuk menempuh hari akhirat, iaitu pengakuan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW, Rasulullah. Kalau datang kepadamu dua orang malaikat dan kepada kawan-kawanmu yang sama dengan kamu dari umat Nabi Muhammad SAW janganlah engkau terkejut dan takut kerana kedudukan keduanya adalah makhluk Allah serupa kamu juga. Kalau mereka sudah datang dan mereka dudukkan engkau dan mereka bertanya siapa Tuhan engkau, apa agama engkau dan siapa nabi engkau, apa iktikad engkau dan apa yang engkau bawa mati, maka jawablah, “Allah Tuhanku.” Kalau mereka tanya lagi maka jawablah: “Allah Tuhanku.” Kalau mereka tanya yang ketiga kali, dan itulah kesudahan yang baik, maka jawablah dengan suara yang lantang tidak takut dan gelisah: “Tuhanku Allah, Muhammad Nabiku, Al Quran imamku, Kaabah kiblatku, solat kewajipanku, kaum muslimin saudaraku, Nabi Ibrahim bapaku dan aku hidup dan mati di atas kalimah Laa ilaaha Illallah, Muhammadar Rasulullah.” Kalau kamu ditanya lagi tentang orang yang dirasulkan untukmu dan untuk sekalian makhluk maka jawablah bahawa beliau itu adalah Nabi Muhammad SAW yang membawa kepada kami Al Quran dari Tuhannya maka kami mengikut dia, kami imam dengan dia, kami membenarkan kerasulannya. Andai kata orang yang tidak mahu mengikut dia maka apa boleh kami buat, kami hanya mengatakan: “Pemimpin kami Allah, tiada Tuhan selain Allah, kepada-Nya kami tawakal dan Dialah Tuhan Arasy Yang Besar. Ketahuilah, wahai hamba Allah, bahawasanya mati itu adalah benar, turun ke kubur adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir adalah benar, bangkit sesudah mati adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbangan itu adalah benar, Titian Siratul Mustaqim itu adalah benar, neraka itu benar, syurga itu benar, Hari kiamat pasti datang, tiada ragu lagi dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur, dan kami menitipkan kamu kepada Allah. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu, yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Allah Taala memberi kemaafan daripada kesalahan yang kamu lakukan serta menerima segala amalan kebajikan kamu. Ya Allah, ya Tuhan, kami merayu agar kamu tiada menyeksa mayat ini.”






"Ya Allah, Wahai tuhan kami! Telah diserahkan si mati kepadaMu oleh orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang kepadanya, iaitu dari kalangan anak isteri, kerabat dan juga saudara maranya. Si mati telah berpisah dengan orang-orang yang menyintainya lalu keluar daripada keluasan rumahtangga dan kemewahan hidupnya menuju ke liang kubur dan kesempitannya. Ia telah menuju kepada-Mu ya Allah, sedang Engkau sebenarnya tempat tujuan yang sebaik-baiknya. Jika engkau seksa si mati ini, ialah disebabkan dosanya, sebaliknya jika Enkgau mengampuninya, maka Engkau sahaja yang berhak mengampuninya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami! Engkau terkaya daripada menyeksakan sedangkan si mati berhajat benar-benar kepada limpah kurnia rahmat Mu ya Allah! ya Allah! wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kebaikan kepada simati. ampunilah dosa kejahatannya, kurniakanlah syafaat kumpulan kami ini kepadanya, maafkanlah kesalahannnya, luaskanlah kubur untuknya, lindungilah dia daripada azab seksa, masukkkan ke dalam kuburnya itu rasa tenteram dan kesejahteraan, kerehatan, dan lepaskanlah ia dari halangan yang menyekatnya jalan ke syurga, dan tempatkanlah ia di kedudukan yang tinggi. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW berserta para keluarga dan sahabatnya, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

"Semoga Allah mengampunkan mayat ini dan segala kejahatannya dan menyejukkan kuburnya, mengampunkan segala dosanya dan membaikkan lagi tempat pindahnya, dan menetapkan iman untuk menjawab soalan kubur juga meringankannya, Ya Allah seru sekelian alam."



Buat tok yang ku hormati lagi ku kasihi...semoga syurga tempat mu...amin...




Quote:
Assalamualaikum pada semua rakan taulan ku sekalian tak kira dekat ataupun jauh. Terima kasih kerana mengenang ku di kala begini dan terima kasih sekali lagi kerana mendoakan kesejahteraan arwah tok ku ini...Terima kasih.

Al-Fatihah buat arwah Tok Kak Tun..
Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.. Semoga arwah di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.. Amin...
Wed 14-Nov-2007 14:17
Posted by:Sabrina  - [Link]
takziah buat k/tun sekeluarga. Wed 14-Nov-2007 14:39
Posted by:zanaz70  - [Link]
al fatihah dari kami juga .. Wed 14-Nov-2007 19:41
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
takziah buat keluarga kak Tun...semoga tabah menghadapi dugaan ini dan moga roh arwah tok kak Tun di cucuri rahmat hendak nya.

Al-Fatehah......amiin...
Thu 15-Nov-2007 00:00
Posted by:Nur  - [Link]
al-fatihah & takziah utk kak tun sekeluarga... Thu 15-Nov-2007 02:58
Posted by:nora ednore9979@yahoo.com
sungguh sayu entrymu ini
tersentuh hati tidak terperi
redha la Kak Tun yang dihormati
pemergian arwah kepada yang lebih hakiki...

Takziah buat sis sekeluarga..semoga lebih tabah dan bersemangat kembali...Al-Fatihah..
Thu 15-Nov-2007 07:40
Posted by:nabialishad  - [Link]
Al-fatihah buat arwah Tok kak tun... patut pun lama menyepi... semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman.. amin... Thu 15-Nov-2007 07:54
Posted by:kamalina  - [Link]
salam takziah buat keluarga kak tun.. dan Al-Fatihah buat arwah tok kak tun.. semoga rohnya ditempatkan bersama2 dengan orang yang beriman & dikasihi Allah S.W.T. Thu 15-Nov-2007 08:04
Posted by:MaDiHa  - [Link]
salam takziah buat Tun sekeluarga. DIA yang menjadikan kita dan kepada DIA kita kembali. Al-Fatihah Thu 15-Nov-2007 10:15
Posted by:kakmOn
salam takziah...setiap yg hidup pasti merasai mati...kita juga akan ke sana bila tiba waktunya...moga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman, amin. Thu 15-Nov-2007 11:42
Posted by:hajar  - [Link]
salam takziah buat kak tun sekeluarga...
sedih inaa baca coretan kak tun kali nih..
semoga syurga lah tempat nya nanti..amin..
Thu 15-Nov-2007 11:44
Posted by:inaa  - [Link]
Salam Takziah Tun, semoga Arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Thu 15-Nov-2007 15:54
Posted by:Zai ruzainaziz@yahoo.com
al fatihah buat tok
al fatihah juga buat yang dah tiada
hidup kita terasa suntuk
akhirat jua kekal selama

salam takziah buat semua
semoga roh tok sentiasa
dirahmati Allah...Ameeen
Fri 16-Nov-2007 06:48
Posted by:rawcanvas  - [Link]
Al-fatihah...sesungguhnya yang hidup pasti mati...dunia hanya sementara...akhirat jua yg kekal abadi....semoga roh tok ktun dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi para solehin...aminnn Fri 16-Nov-2007 08:40
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
Al-fatihah...sesungguhnya yang hidup pasti mati...dunia hanya sementara...akhirat jua yg kekal abadi....semoga roh tok ktun dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi para solehin...aminnn Fri 16-Nov-2007 08:40
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
Al fatihah....salam takziah buat Kak Tun sekeluarga....semoga rohnya ditempatkan bersama2 org yg beriman..AMINNNNN..... Fri 16-Nov-2007 14:09
Posted by:cek de sam  - [Link]
Al fatihah..semoga roh nya dicucuri rahmat
Salam takziah buat Kak Tun sekeluarga....
Fri 16-Nov-2007 22:47
Posted by:mamasya  - [Link]
Al fatihah. Salam takziah buat kak tun sekeluarga. Semoga roh tok dicucuri rahmatNya. Sat 17-Nov-2007 03:48
Posted by:Ana  - [Link]
takziah tun.........alfatihah........ Sat 17-Nov-2007 04:30
Posted by:mami yati
slm takziah..
innaliLLahi wa inna iLAihi raji'un
Sat 17-Nov-2007 08:39
Posted by:srsfeqah  - [Link]
al-fatihah buat tok wan kak tun! Semoga rohnya tenang di alam sana & dicucuri rahmat! Sat 17-Nov-2007 13:02
Posted by:zakiah z  - [Link]
al-fatihah & takziah utk tun sekeluarga Sat 17-Nov-2007 14:51
Posted by:lady_aries
>> sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan...
>> al-Fatihah...
Sat 17-Nov-2007 14:51
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Alfatihah..
takziah utk semua ahli keluarga. Moga Allah tmptkan dlm golongan solehin
Sat 17-Nov-2007 14:55
Posted by:The Sweetest Moments Ever  - [Link]
Al-Fatihah buat arwah Tok Tun.. Sekeluarga.. Mon 19-Nov-2007 01:10
Posted by:mamaella  - [Link]
salam takziah untuk. mu sekeluarga Mon 19-Nov-2007 07:23
Posted by:mummy jam  - [Link]
Takziah buat Tun sekeluarga. Moga roh Tok ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....Al Fatihah. Tue 20-Nov-2007 01:36
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Takziah dari kakliza buat Tun sekeluarga..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..
Al-Fatihah...
Wed 21-Nov-2007 22:55
Posted by:hanieliza  - [Link]
Salam takziah buat Kak Tun sekeluarga. Semoga tabah menghadapi kenyataan dan didoakan semoga roh arwahnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amin. Fri 30-Nov-2007 15:29
Posted by:rinnchan  - [Link]
salam to Tun,
mama boleh merasai kesedihannya mu sebab mamapun baru melaluinya..moga mereka sejahtera di sana.Amin.
Tue 22-Jan-2008 01:27
Posted by:drzeze  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.