Want your
own Fotopage?



























 
boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSE STUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Nov-2007 15:32 Email | Share | Bookmark
KEK ZEBRA

hemm..nanti buat lagi..biar belangnya tak terlalu bertindih..

jom rasa kek zebra

Jumpa resepi ni masa jalan-jalan ke blog Diana ...amboi panjang lebar penerangannya ...siap gambar contoh lagi..kalau silap juga bla membuatnya...sajalah...terima kasih Diana.

Kata Diana dia dah cuba banyak kali sampai tahap 5 bintang di berikan. Rupanya dia dapatkan resepi ni dari Jo's Deli Bakery...memang woderful ...cubalah kawan-kawan..hasilnya sedap, gebu dan ringan. Dinasihatkan membuatnya 1 1/2 adunan dan sudah pasti acuannya besar jadi lainkali kalau kita buat lagi kita pakai acuan empat segi 9 inci..itu je yang ada setakat ne..ye la...kita kurang benar acuan bulat rupanaya. Kata Diana lagi , zebra ini adalah sejenis kek span dan lagi setelah membakar, keluarkan kek dari loyang jangan dibiarkan dalam loyang nanti kek yang gebu jadi macam tayar basikal pancit - terus mengecut tak cun. Nak tahu, resipi ini juga pernah diterbitkan di Berita Harian (Singapura). Jom kita cuba masak...

ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat (kita pakai loyang empat segi 7 inci)

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang (ruginya tak letak...dah masuk oven baru teringat..he..he..)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8". (ingat kita pakai loyang empat segi 7 inci)
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
(aduhai... pesanan dari Diana lagi.... )

1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain

Thank you Diana


Quote:

1. Hajar….cantik? tq memuji …nak semu kek tu pun boleh dek

2. Lee lin…sedap juga nama kek gelung-gelung

3. Roylazim…Alhamdulillah lega memang betui le yummy....

4. Sue…terima kasih atas ingatan itu…dan bila dah start main masak-masak ring ring le kat akak

5. Penyulawa …..alahai kena puji ngan sifoo ne…...

7. Maklang ….. nakal tau maklang ne ada ke KEK UBAT NYAMUK .. ..

8. Nur ……buat ya dan tak kenyal …iras-iras kek sponge …gini kek marble atau kek zebra ialah nama nama kek … kalau method yang sama digunakan nur tukar je warnanya ..daripada guna coklat …gunakan warna hijau, merah or warna yang diminati..bahagi sama rata batter tu…

9. Ida isk ……favourite words nya tibaiiii….nanti wa cuba resepi lu pulak k... ……hebat le tu wa naik kan taraf kek asam manis lu tahap senior chef…tahniah…

10. Kamalina….terima kasih kerana memuji…nanti dah buat beritahu kita…....

11. zatidhati…marilah selalu….sibuk ya….

12.rawcanvas….ye lah tu…..memuji muji berbakul-bakul pulak ...... he..he..he..

13. MamaFaMi ….sedap mamafami…actually majority of my cake ni semua baru pertama kali buat …dah naik umur baru nak berjinak-jinak…he..he..he..sibuk sangat le katakan …alas an standard tu..he..he..he…..macam orang lain tak sibuk…kah kah kah jom kita buat lagi semua orang suka la…belum dengar lagi orang kata tak suka……….....

14. Norz…terima kasih…teruskan menulis dan menulis dan menulis dan masak dan masak dan masak…hah…he..he....

15. Sabrina….Sab…nak tempah ?…meh la datang umah…..boleh akak buat lagi …adik beradek akak kata sedap ….depa suka…coz depa jarang buat…jadi bila kita buat dia orang suka sangat …terima kasih la pada penyumbang resepi ne…

16. Nabialishad…kek zebra …tapi tak hitam putih pun kan?…kalau kata jadi kuda pun boleh…kuda kacukan …gurau ah….gurau senda bawa bahagia he he…intan buat tau …..

17. Jeff…nampak cantek je ke?...memangla jeff suka pattern nya…kan penyayang pada binatang kan kan kan? .....

cantiknya kek zebra akak...nak banyak boleh Tue 20-Nov-2007 22:15
Posted by:hajar  - [Link]
tukar nama pun boleh... kek gelung² Wed 21-Nov-2007 02:45
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Kek nie memang yummy....kiter dah try... Wed 21-Nov-2007 03:49
Posted by:Roylazim  - [Link]
takziah buat k.tun sekeluarga...

cantiknya kek tu..skrg bz tul la..bila la leh start main masak2 semula ek
Wed 21-Nov-2007 04:00
Posted by:sue  - [Link]
elok cantik belangnya... kita punya ketengah ketepi zebra dia... Wed 21-Nov-2007 04:14
Posted by:Penyulawa penyulawa@gmail.com  - [Link]
maklang rasa tukor nama ke KEK UBAT NYAMUK lagi sesuai... jangan mare ekk..gurau jer..kasi ceria skit muka tuh.. Wed 21-Nov-2007 04:15
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
sedap err kak tun..boleh ler kita cuba.. ada ke kek rasa kenyal??seumur hidup belum penah rasa kek kenyal2 teringin juga nak merasa
psstt: cantik ler kek zebra kak tun ..rasa kek nie ada tak cam kek marble?
Wed 21-Nov-2007 04:23
Posted by:Nur  - [Link]
mmmm bab2 zebra nie no hal tibaiiiiiiii tapi wa punya bukan version nie my own resepi tau....

psst : kek asam manis tu gua deco sendiri tau...original punya idea tak ada cilok sesiapa punya tak tahu lee kot sama ngan chef2 lain punya tu kira kebetulan kot
Wed 21-Nov-2007 06:03
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
wah.. kek zebra la pulak.. cantiknya kek buatan kak tun ni... mesti sedap kan... resepi pun cam senang je..
ps: siap ada tips tu... tapi elok gak, berguna sgt2 pd org2 yg tak tau mcm saya ni...
Wed 21-Nov-2007 08:31
Posted by:kamalina  - [Link]
lama saya tak menjengah laman kak tun ni... al fatihah untuk dia yang pergi... Wed 21-Nov-2007 13:10
Posted by:zatidhati amaruszatinr@yahoo.com  - [Link]
kek zebra.......
hmmmmm...terus teringat kawan I ada cakap
kalau nak lagi sedap kena taruk
susu awal zebra.....
diorang katalah........
saya sampaikan jeeeee
he...he...he...
anyway...
nice lines, nice flows, nice colors
carry on sis
.....carry on sis
Wed 21-Nov-2007 13:30
Posted by:rawcanvas  - [Link]
Tun, kita pernah buat kek ni. Tapi kita tak rasa walaupun secubit sebab lepas masak je, kita terus bagi kat kawan. Dia nak bawakkan untuk dua orang anaknya di asrama.Kalau Tun kata sedap, nanti boleh cuba lagilah.... Wed 21-Nov-2007 23:34
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Waalaikumsalam, Kak Tun. Salam perkenalan. Lawatan balas atas kesudian akak bertandang di blog saya. Semoga ceria & sejahtera sentiasa... Wed 21-Nov-2007 23:35
Posted by:norz  - [Link]
Kalau tengok dari rupa dan teksturnya Sab dapat rasakan kek zebra ni pasti sedap rasanya. Kalau umah kita dekat dengan umah Kak Tun, kita rasa macam nak tempah jer dari Kak Tun. Kita ni bab membuat sendiri memang malas tapi bab menempah dan membeli.. teramatlah rajinnya Thu 22-Nov-2007 02:34
Posted by:Sabrina  - [Link]
kalau intan yg buat...harus zebra tukar menjadi kuda kot!! hahaha.. Thu 22-Nov-2007 06:05
Posted by:nabialishad  - [Link]
>> nampak cantiklah kek ni...
>> suka tengok pattern dia...
Thu 22-Nov-2007 08:07
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam Tun, Maaf tak berkesempatan nak jengah rumah Tun sbb kita bz dengan latihan marhaban. Amboi rajinnya Tun, macam2 ada zai bukak fp time lunch ingatkan nak diet tetiba jadi lapar tengok kek2 sume..... Hebat btul kawan2 sume tp sayang zai tak sehebat kalian sume addduhhhh sadisnya
Tue 4-Dec-2007 07:18
Posted by:zaiaziz ruzainaziz@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.