Want your
own Fotopage?



























 
boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSE STUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 9-Jan-2008 17:23 Email | Share | Bookmark
ESOK MAAL HIJRAH 1429..peringatan buat diriku yang kerdil ini..

set makan tengahari
tanda ku bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri..
kek cawan coklat moist che'pah75
(1 MUHARRAM 1429 bersamaan 10 January 2008)
Quote:
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan...

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH 1428

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN HIJRAH 1429

Bismillahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam




set makan tengahari ini memang favourite kita air tangan ibu mertua ..ada sayur campur, ayam goreng sweet sour, masak lemak labu, air mineral dan kek cawan coklat moist che'pah75 ..dan semua lauk-lauk tu kita minta dia siapkan sebab kita tak sempat buat sendiri coz jadual kita penuh.. ..dan dari awal-awal lagi kita dah siapkan duit untuk dia beli barang-barang dapur. Maaf tak dapat tolong masak ya mak..tapi jadi tukang angkut dan deliver ... .. Plastik makanan tiga ruang tu memang kita dah admire dari dulu-dulu lagi tapi nak beli mahal ...akhirnya kita terbeli jugak (gara-gara kita pernah dapat makanan dalam bekas tu long long time ago..he..he..jadi dah terkenang kenang lah pula)...rupa-rupanya memang semua staf kat office yang dapat syiok sangat...perut kenyang dan dapat bawak balik bekas tu dan dapat pemanis mulut sekali...terima kasih ALLAH..macam macam rezeki yang telah kau kurniakan pada ku kali ini...Alhamdulillah....hamba bersyukur.. ..




Resepinya:
MOIST CHOCOLATE MAYONNAISE CAKE (maknanya boleh buat untuk cupcakes juga)
Sumber: Chef Asma dari fp chepah75

Bahan-bahan:
(A) 90g serbuk koko
576ml air panas

(B) 500g tepung Superfine
12g soda bicarbonate
400g gula castor
500g mayonnaise (boleh guna plain yogurt)

Cara:
• Bancuh bahan (A), ketepikan.
• Ayak tepung & soda bikarbonat.
• Satukan bahan (A) & (B) kacau sebati.
• Tuang dlm loyang yg telah digris & lapis greasepaper bhgn bwh saja
• Bakar 150oC hingga masak (ikut oven masing2)

Nota:
Chef Asma buat 1 adunan untuk loyang 4 segi 10”X10”X 1” dapat 2 loyang jadi ak payah potong. Lapis coklat ganache tindan 2 lapis.
Che’pah buat ½ adunan untuk loyang bulat 8” diameter

CHOCOLATE GANACHE

Bahan:
550ml UHT Whipping Cream
30g butter
15g glucose syrup
900g dark chocolate

Cara:
Panaskan dark choc guna teknik double boiling
Masukkan UHT whipping cream
Angkat & masukkan glucose syrup & butter

Nota:
Che’pah buat ½ adunan pun banyak lebih untuk deco 8” kek

Kata Che'pah..."10X10X1 dapat 2 loyang, lapis ganache tindan 2 lapis jadi satu kek. Choc ganache tu kalau akak nak buat deco kena simpan satu hari. Maknanya buat ganache hari ni, esok baru jadi pekat baru boleh deco border. Mayonnaisse tu brand lady's choice. Katanya lagi kalau takde superfine, boleh guna cake flour, kalau takde jugak guna aje tepung gandum tapi ayak 2-3 kali bagi halus..." ...nanti cuba ya..oh ya nanti kita tunjuk gambar kek sebentuk dari resepi ini dalam entry yang kan datang....



Salam Ma'al Hijrah buat Tun sekeluarga.
Tun ni pemurah sungguh ya. Set makanan tu, mesti untuk sedekah kan? Tak jawab tak apa sebab kita paham, kalau bersedekah tak boleh cerita cerita, nanti kurang pahala, ye dak....
Tue 8-Jan-2008 20:18
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak tun, aku membaca doa yang kau attach ni dengan rasa pelbagai. salam maal hijrah. semoga ukhwah kita berpanjangan. amin Tue 8-Jan-2008 20:44
Posted by:zatidhati amaruszatinr@yahoo.com
salam maal hijrah buat kak tun...moga kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan dlm diri kita Wed 9-Jan-2008 00:27
Posted by:Hajar  - [Link]
kak tun salam maal hijrah! berbaur perasaan saya nk menyambut maal hijrah ni. masih banyak lopak-lopak dalam amal ibadah saya moga-moga hijrah yg ni saya perbaiki lopak-lopak tu Wed 9-Jan-2008 03:02
Posted by:anna  - [Link]
Sedapnya tengok masak lemak labu tu..... teringat masa sekolah kt Labu dulu setiap isnin makan lemak labu.... Kecur..... Salam maal hijrah untuk akak.... Wed 9-Jan-2008 03:09
Posted by:chepah chepah75@yahoo.com  - [Link]
Salam Maal Hijrah Kak Tun,
Izinkan rinn baca kedua-dua doa ini..walaupun tadi dah terbaca di laman yg lain.
Sebelum maghrib nanti rinn nak baca sekali lagi doa akhir tahun tuuu..
Esok 1 Muharam lepas maghrib, baca lagi sekali doa awal tahun.
Semoga kita sesama dapt meningkatkan diri, rohani dan jasmani...Amin.
Wed 9-Jan-2008 03:09
Posted by:rinnchan  - [Link]
salam ma'al hijrah buat k/tun. dan bagus le k/tun wat camni...kalau tak...mungkin terlupa...biasalah manusia ni kan selalu alpa. Wed 9-Jan-2008 04:06
Posted by:zanaz  - [Link]
salam maal hijrah..... Wed 9-Jan-2008 04:17
Posted by:zaitgha zaitgha@gmail.com  - [Link]
salam maal hijrah buat ktun n family....

pstt....tu set makanan yg sedekah rizqin cemerlang tu ke? sedap nampak....byk tul lauk...dessert pun ada....cayalah k tun....
Wed 9-Jan-2008 04:44
Posted by:maklang_06@yahoo.com  - [Link]
salam maal hijrah geng
sedap tu
Wed 9-Jan-2008 05:15
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Kita Lahir Disambut Azan...Kita Mati Diringi Solat....Antara Azan Dan Solat...Alangkah Singkatnya Hidup Ini. Hidup Hanya Kerana ALLAH!

Salam Maal Hijrah....Salam Rindu....Juga Buat Tun....
Semoga Kita Semua Tidak Ketinggal Untuk Membaca Doa Awal Dan Akhir Tahun....Sebaik-baiknya Kita Sertakan Sekali Dengan Solat Hajat.....
Wed 9-Jan-2008 07:26
Posted by:Kak Leen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
sedap lauk tu... rezeki tahun baru. saya tak boleh tgk p ramli mkn nasi bungkus dgn badim dlm keluarga 69, terus rasa nak nasi bungkus! hehe. selamat tahun baru, kak tun & keluarga Wed 9-Jan-2008 08:49
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Hai Tun.....Masih Banyak Lagi Lauk Pauk Kak Leen Kat Fp Lama....Nantilaaa Kak Leen Linkkan.....Entah Pandai Tidak Nak Linkkan....Wakakakaka.....Kalau Tak Pandai Kena Salin Balik Laaaa Jawabnya....Huhuhuhuhu Wed 9-Jan-2008 09:04
Posted by:Kak Leen mamaleen@yahoo.com  - [Link]
Salam Maal Hijrah buat kak Tun sekeluarga semoga berbahgia selalu dan di limpahi rahmat dari yg maha esa....

~~ kak tun, ada PM for you ..... check it out ok.
Wed 9-Jan-2008 10:07
Posted by:Nur  - [Link]
SALAM MAAL HIJRAH 1429H & Selamat Tahun Baru 2008M..
last but not least; tahniah utk Rizqin..
Wed 9-Jan-2008 12:54
Posted by:srsfeqah  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1429 buat K.Tun.Semoga sentiasa dimurahkan rezki dan dikurniakan kesihatan yg baik selalu. Wed 9-Jan-2008 14:13
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
Wah tun, kiter tabik spring kat awak...semoga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknyer..amin.
Tun...terima kasih atas tunjuk ajar masak daging goreng tu..nanti biler dah siap kita tayang kat fp kiter...
Thu 10-Jan-2008 07:30
Posted by:Roylazim  - [Link]
Salam maal hijrah buat kak Tun sekeluarga...
semoga sentiasa dimurahkan rezeki...
Thu 10-Jan-2008 13:11
Posted by:masriyah  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1429H.....buat Kak Tun sekeluarga...sedap!... Thu 10-Jan-2008 14:56
Posted by:Ana  - [Link]
sedapkan masakan air tangan orng lama2 nie,tambahan sekali sekala kena air tangan MIL..ringkas pun sedap

Salam hijah 1249,kak tun sekelurga.
Thu 10-Jan-2008 22:23
Posted by:soulha,cairo  - [Link]
salam maal hijrah utk Kak Tun sekeluarga.... Fri 11-Jan-2008 00:23
Posted by:cek de sam  - [Link]
tok pun nak bokeh tu cantek laaaaaaaaaaaaaaaaaa Fri 11-Jan-2008 01:25
Posted by:tok janggut azam61pd@yahoo.com  - [Link]
kak tun, salam maal hijrah jugak...
tang wat donut tu idak le pandai, bulihlah nak mkn sendirik...
tang study lak, hehehhe malula nak ckp kak tun oi.. cak study kat usm, secara distance learning ambil biology.

tahniah utk rizqin ye...
Fri 11-Jan-2008 02:33
Posted by:cak  - [Link]
Salam Maal Hijrah sis...semoga kita semua diberkati oleh-Nya..insyaAllah.. Fri 11-Jan-2008 05:27
Posted by:nabialishad  - [Link]
selamat tahun baru islam...amboi sedap nyer makanan kat c ni. bagi lah sikit nak rasa..meleleh air liuk dibuat nyer. Fri 11-Jan-2008 05:57
Posted by:mira  - [Link]
sedap tengok menu tu kak tun.. berselera tengok.. begitulah seeloknya.. bersedekah semasa ada.. insyaAllah.. tuhan akan balas kot lain.. memudahan bertambah murah rezeki kak tun.. Fri 11-Jan-2008 09:29
Posted by:MaDiHa  - [Link]
wow bestnyer buat kenduri dh banyak nikmat kita dpt dr Nya
k.tun nk tanya bekas tu beli kt mana??? bape ringgit ek??/
Sat 12-Jan-2008 05:54
Posted by:rani  - [Link]
salam maal hijrah
semoga hijrah 1429 ni
terus memberi kejayaan kepada kita semua
insyaallah

di saat-saat macam ni terus teringat masa
Nabi Muhammad SAW berhijrah
dari Mekah ke Madinah
Sat 12-Jan-2008 08:37
Posted by:rawcanvas  - [Link]
salam thn baru maalhijrah utk kak tun sefamily
semoga bertambahlah rezeki...dipanjang umur...
diberi kesihatan....semoga sihat2 selalu....
salam dr fliffy sefamily... hehehehe
best betul lah entry dgn cuppies tuh bileee la bleh rasa ye...hehe
Sat 12-Jan-2008 17:06
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
Amboiii.... buat keduri ye Kak Tun. Masak lemak labu tu favourite kita tawwww lagi sedap kalau goreng ikan sepat & ada sambal belacan. Perghhhhh............. Sun 13-Jan-2008 12:17
Posted by:Shida Aziz  - [Link]
kak tun..tahniah utk anak kak tun...
sejuk perut kak tun kan...
kek tuh buat inaa terliuq laaa
Sun 13-Jan-2008 13:28
Posted by:inaa  - [Link]
>> semoga maal hijrah ini menjadi titik tolak kita memperbetulkan dan memajukan diri kita... Sun 13-Jan-2008 20:16
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam Tun..selamat tahun Baru Mon 14-Jan-2008 20:11
Posted by:Loveliana loveliana23@yahoo.com.my  - [Link]
salam k.tun..sedapnyer brownies tu..heeee..selamat tahun baru hijriah.. Wed 16-Jan-2008 05:41
Posted by:zuhri  - [Link]
alangkah bertuahnya orang yg dapat merasa rezeki tu sama2...moga Allah merahmati akak sekeluarga.
p/s:baru jgk fp kak rinn...nama kak tun yg selalu disebut2..teruja nak dtg ke sini bertandang!Salam kenalan...
Mon 21-Jan-2008 03:37
Posted by: ha/chendana ayu_cendana@yahoo.com  - [Link]
salam to Tun
looks delicious sesangat...
moga bertambah tambah rezekimu...
Tue 22-Jan-2008 01:24
Posted by:drzeze  - [Link]
Salam to Kak Tun...... Terima kasih kerana mencuba resepi saya.... kalu nak belajar datang ller kat bake yen puchong ... resepi tu sebenarnya dari istana brunei.... tu saya buat semasa saya keja kat sana..... tapi klu tersilap buat n air tersangat panas jadi berketul ye...... banyak lagi resepi yang best-best dari sana... nanti saya ajar kat class saya di bake yen, bagus n lmc...saya izinkan resepi saya disiarkan dlm blog student saya... terima kasih byk2.... Tue 8-Jul-2008 04:12
Posted by:CHEF ASMA nasmawati@unitar.edu.my


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.