boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-Feb-2008 15:30 Email | Share | Bookmark
MAJLIS BACAAN YASIIN bersama jiran-jiran .....

high tea...
triffle kak liza lagi...
Hari Ahad kelmarin giliran ku mengadakan majlis bacaan yasiin. Ahli-ahli wanitanya adalah jiran-jiran ku di sini. Majlis bacaan yasiin bermula lebih kurang pukul dua setengah petang. Alhamdulillah tertunailah sudah hajat ku untuk menjemput jiran-jiran ku, maklumlah ku ini sentiasa penuh sahaja jadualnya...tapi sempat juga mengadakan majlis kesyukuran pada hari Jumaat sebelum tu... Nasib baik ada cuti panjang sempena tahun baru Cina yang jatuh pada hari Khamis dan Jumaat dan bersambung sampai ke hari Ahad. Aduhai macam lipas kudung diriku di buatnya, itulah lain kali ramai kan anak-anak tu cik Tun ooi...boleh lah depa tolong..he..he.. apa apa pun syukurlah tu...Terima Kasih ALLAH atas segala kurniaan mu...Jemput minum petang semua....


ku buat mi kari dengan jeruk cili hijau , kek coklat moist mayo, puff chicken mushroom, moist choc brownies dari fp maklang, dan..dan..eh mana dia?...
ini dia triffle kak liza yang siap berhias..
[list=]
jamu dalam keadaan sejuk ya...licin


TRIFFLE
(Kak Hanieliza)

Bahan-Bahan:
1 bungkus kek swiss roll (kali ini kita beli 4 bungkus kecil swiss roll perasa strawberry)
1 kotak agar-agar segera (Lady's Choice) - perisa strawberry (kali ini kita pakai 2 kotak brand Nona)
1 tin fruit cocktail (kali ini kita beli 1 tin buah peach)
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 cawan susu segar

Cara:
1. Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak sehingga menggelegak dan kepekatan. angkat dan biar sejuk.
2. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam bekas [kalau nak cantik..masukkan dlam bekas kaca..nanti nampak lapisan triffle ni] sehingga penuh.
3. Kemudian ambil sedikit jus buah cocktail dan tuangkan keatas kek tadi.
4. Tuangkan kastard tadi keatas kesemua kek sehingga rata.
5. Taburkan buah cocktail keatas kastard tersebut. (kali ini kita susun peach yang telah siap di potong-potong serong dan dapat dalam 3 baris memanjang)
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan dan tuangkan keatas buah cocktail tadi.
7. Dan lagi sekali kita hias buah peach di atas agar-agar serta diperindahkan dengan cherry merah bertangkai..
8. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

Selamat Mencuba ya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net