boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Feb-2008 16:02 Email | Share | Bookmark
MOIST CHOC BROWNIES

ku guna biji kuaci je...
amboi...posing ya...
Terima kasih Maklang dan Roz (Rnet) kerana sudi berkongsi resepi Moist Choc. Brownies ...




Moist Choc.Brownies
Sumber : Roz (Rnet)

Bahan-bahan
1 ½ cawan (185 g) tepung serba guna
¼ cawan (30 g) serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bicarbonate
1 ½ cawan (205 g) macadamia nuts – dicincang (ku guna biji kuaci)
125 g butter
200 g coklat masakan, dicincang
1 cup (250 g) gula kastor
2 biji telur, dipukul sedikit
1/3 cawan (90 g) krim masam (sour cream) (mklang tak letak pun coz takder stok) (ku guna plain youghurt )

Chocolate topping (ku tak buat la..)
150 g (5 oz) coklat masakan
½ cawan krim masam (sour cream)

Caranya:
* Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk pengadun.
* Masukkan 1 cawan macadamia nuts dan buatkan lubang ditengah-tengah. (ku bubuh kuaci da...)
* Cairkan butter dan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan dari air panas kemudian masukkan gula, telur dan sour cream.(sc tukar ke youghurt)
* Pukul sehinggga bahan-bahan untuk campuran coklat tergaul sebati.
* Masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran tepung dan kacang tadi.
* Gunakan sudu kayu untuk menggaulkan semua bahan, cukup sehingga semua bahan-bahan sebati.
* Bakar menggunakan loyang 9 inci dengan suhu 180 C selama 30 – 35 minit (atau sehingga masak).
* Biarkan brownies sejuk didalam loyang sebelum dikeluarkan.

Cara membuat topping: (lain kali kita buat topping ya...)
* Cairkan coklat dengan cara double boiling (pastikan air tidak termasuk kedalam butter dan coklat).
* Alihkan coklat dari air panas dan biarkan selama 2 minit.
* Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
* Sapukan ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan macadamia nuts yang berlebihan.
* Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Variasi:
Boleh gunakan pecans atau walnut untuk menggantikan macadamia nuts
Brownies boleh dipotong agak besar, dihidangkan panas-panas dengan ditaburkan gula aising dan krim ataupun aiskrim






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net