boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-Feb-2008 12:56 Email | Share | Bookmark
MAJLIS KESYUKURAN YANG BARU SAHAJA BERLALU..8 FEBRUARY 2008

jom makan tengahari..airtangan mil dan anak menantu...
kismis brownies version idaisk
puding-pudingan
makcik wah - tembikai
anie-roti jala
cik mamu-sarapan pagi mihun goreng sempoi
mil -goodies
cik mamu-jajan..
puding sedang dipotong-potong
mak-kacang kuda
ulam-ulaman pilihan ku..sambal belacan mana?..
ehem-ehem...romantiknya...
arisha...nak balik dah?...
puding sumi by auntie cimi
nanti kita cerita ya...biar kita update gambar dulu k... ...tau je la fp lately ne..

Sebenarnya sudah lama hendak ku adakan majlis sebegini...sudah hampir 5 tahun. Khenduri kesyukuran yang terakhir yang ku sambut ialah ketika anak-anak ku dan sepupu-sepupu mereka hendak dikhatankan. Ingat lagi pelamin simple warna biru muda di hias dalam rumah ku sambil semua hero duduk megah di atas pelamin...eqin, ewan, adam, imran, ngan ayeh..eh ada lagi hero...farhan, fakri, fahmi ..tu dia... . . Waktu tu berkumandang marhaban yang di alunkan oleh kumpulan marhaban di kampung ku ini..oh..indah sungguh bila dikenang-kenangkan.

Ok di tahun 2008 bermulanya tahun baru Hijrah 1429 kali ini ku berhajat untuk mengadakan Majlis Kesyukuran lagi. Kali ini ku rangkumkan menjadi Majlis Kesyukuran dan juga Majlis Perjumpaan adik beradik mil....Terima Kasih Allah atas segala rezeki yang telah kau limpahkan..Alhamdulillah hambamu amat bersyukur.. ...Bacaan Doa di baca oleh Pak Iman Bahari diiringi jiran-jiran yang telah ku jemput seawal hari khamis lagi. Majlis bermula pukul 11.30 pagi memandangkan tetamu yang datang akan bersembahyang Jumaat nanti.

Hajat dihati nak ambil gambar semua makanan, ku pasang seorang kaki untuk membantu, aleh-aleh pembantu ku itu terlalu asyik berborak dan tambahan panas agaknya. ..dia pun surrender. ..adeh. ..jadi inilah sahaja yang sempat ku snapkan almaklumla dah jadi tuan rumah ...ada lagi makanan yang dibawa pada hari itu yang tiada dalam gambar seperti kuah durian dan pulut dari wati, rendang kerang dari cik anie, apam gula hangus dari rosmah, buah-buahan dari mak cik wah dan ramai lagi ...

Dengan ini ingin ku ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua-semua yang telah menjaya kan majlis tempohari...doakan semoga ku terus dimurahkan rezeki dan dapat mengadakan majlis jumpa-jumpaan begini...mana tahu kita ajak semua member-member fp ngan blog ...InshaALLAH ya...


menu yang disediakan oleh mil dan anak menantu ialah...
nasi putih
kari daging
pajeri nenas
ayam masak merah
kobis dan carrot goreng
masak lemak labu
ikan bawal goreng
ikan kembung goreng
tempe goreng
ulam ulaman
sambal bilis
sambal belacan
air oren sunquick...

Alhamdulillah ....Amin....jemput makan semua....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net