boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Apr-2008 21:17 Email | Share | Bookmark
E-One peminat doraemon no 1

Senyuman E-one menawan bila pandang Dora..
E-one memang peminat setia Dora

E-one suka yeh !!....happy sangat...



E-one pun tolong buat...Enjoy betui dia... nak tengok fotopages E-one?..kat sini http://avatarizwan.fotopages.com ..dia kata dia minta maaf dah lama tak update...pstt dia kata dia busy... ...

Resepinya datang dari blog Koleksi Resepi Diana yang Diana dapat dari Bebop...pada Diana dan Beebop terima kasih kerana sudi berkongi bersama-sama ... memang sedap kek nya, cuma topping kita guna resepi buttercream perasa oren..lain kali kita cuba pula Orange Cheese Frosting...pasti lagi sedap nanti.. ok ...resepinya bernama ...Orange Butter Cake Bebop...errr..D...kita copy paste je ye..


ORANGE BUTTER CAKE BEBOP
Sumber: Kak Bebop

Bahan-bahannya
200 gram tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar susu tepung
250 gram mentega
5 biji telur
175 gram gula
2 sudu besar orange juice
parutan kulit limau dari sebiji limau
D tambah 2 sudu besar orange paste

Cara-caranya
1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.
3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.
4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.

ULASAN D: Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

ORANGE CHEESE FROSTING

120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
1 sudu besar orange paste

Masuk semua dalam mixer dan pukul hingga kembang dan sebati. Boleh sediakan in advance lepas tu simpan dalam peti sejuk dan gunakan kemudian... Warnakan ikut suka..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net