boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Apr-2008 09:09 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat dari Kak Liza

kek coklat berhias


Sebenarnya hati teringin hendak menghias kek coklat dengan gubahan bunga ros. Memandangkan keinginan ada tapi untuk membuat bunga ros dalam masa yang terdekat tiada...apa lagi beli sahaja yang dah siap kemudian letakkan atas kek coklat yang masih panas tu...ha tu tidak sabar namanya... ...resepi dari fotopages Kak Liza bertarikh 3 September 2007 yang di buat khas untuk anaknya balik asrama pada waktu itu...itulah naluri ibu ...

KEK COKLAT
dari fotopages Kak Liza

Bahan A
250 gm butter
250 gm gula perang atau kastor
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
250 ml susu segar

Bahan B [ Ayak ]
290 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
1 sudu kecil nescafe instant
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara
1. Butter dan gula dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi. Masukkan esen vanilla
3. Masukkan Bahan B yg telah diayakkan berselang seli dengan susu segar.
4. Kacau rata dgn senduk kayu.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan hiaskan dengan topping coklat.



Jemput minum petang sama-sama...

oh ya Kak Liza kata kalau nak sedap lagi buat toppingnya begini :

Coklat Topping

1 cawan susu pekat
60 gm butter
50 gm serbuk koko

1. Kacau secara double boiler sehinga larut dan sejukkan sekejap.
2. Tuangkan atas kek dan hias mengikut kretibiti sendiri ..


psst...kali ini kita tak buat bubuh topping ...terasa dah "mengebu" orang-orang yang dalam rumah ni ha.....



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net