boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 7-May-2008 08:02 Email | Share | Bookmark
''Family Gathering" di Jeram umah Cik Ani (adik Mil) 3.5.2008

rainbow marble pudding blackmore another version
rainbow marble pudding blackmore
walnut brownies
rainbow marble pudding blackmore and walnut brownies
Pada 2.5.2008 kita deman, sakit tekak, sakit-sakit badan, ..lengkap..pasal apa?
mana taknya...

1. hatyai........... 25,26,27 april 2008 (naik bas persiaran)

2. kerja............ 28,29,30 april 2008 (naik motor nouvo)

3. kelas cheesecake dan kek komersial makcik lynnassan 1 mei 2008 (naik bas)

4. tersakit..alahai..terpenat kut...lepek...he he...2 mei 2008

5. 3 mei 2008 Mil ajak teman pergi umah Cik Ani di Jeram, Kuala Selangor waktu ni dah kebah dah...sempat lah buat buah tangan ...terasa sihatnya..2 resepi, terima kasih sifu-sifu semua..fofular resepi rainbow marble blackmore tu, ramai yang buat untuk hantaran perkahwinan..dan juga walnut/almond brownies oleh Chef Anuar dari fp maklang ulampegaga yang keletah tu...

6. masa kat Jeram terima panggilan dari Oare anak mil ajak dinner kat Dusun Bay sebab akak nya Wati anak beranak balik kampung bercuti dan nak belanja kita semua...

7. 4 mei 2008 ahad..mandi sungai ramai-ramai...tunggu siarannya...


rainbow marble pudding blackmore



walnut brownies

Quote:
Walnut/Almond Brownies
Sumber : chef anuar

Bhn
125g butter (a)
35g serbuk koko
250g butter (b)
280g brown sugar
5 biji telur (mklang guna 4 je)
125g tepung gandum
125g walnut/almond cincang (bakar dulu)
100g walnut/almond utk hiasan

Cara
Cairkan butter(a), masukkan serbuk koko dan kacau rata hingga jadi pes koko
Putar butter (b) bersama brown sugar hingga kembang dan mskkan telur satu demi satu.
Masukkan pes koko dlm adunan butter dan kacau rata.
Masukkan tepung, kacau rata dan mskkan walnut/almond cincang.
Masukkan dlm loyang dan bakar 170C.
Curahkan choc. topping dan hias.

*pastikan brownies tak terlebih bakar sbb akan membuatnya mengecut.



yang heart shape tu , the extended version of rainbow marble pudding blackmore

Quote:
Rainbow Marble Pudding
sumber : blackmore

Bahan2nya
1 bungkus serbuk agar2 (13 gm per paket)
675 ml air
225 gm gula pasir
65 gm mentega
4 biji telur bersaiz sederhana
1/2 tin susu cair Carnation
1 sudu makan tepong custard
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya..

Caranya
Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.

Pukul telur sebentar menggunakan whisker....kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.

Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih....kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.

Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk...bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata....adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 diwarnakan dengan kuning dan merah...

Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung seperti yang dalam gambar kat atas tu...

Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras...tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat..ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.

Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan...



my hubby called puding ne..reggae pudding..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net