boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jun-2008 02:28 Email | Share | Bookmark
Kek Coklat Kukus Buat Kawan ... Ikan Dori Untuk E-One

rindu ikan dori lagi..
kek coklat kukus dan ganache buat kawan kita
Kelmarin kawan kita suruh buatkan kek untuk isterinya sambut hari jadi pada 5 june tapi dia suruh tambah kata-kata "semoga lekas sembuh"..ok kita pun buatla kek coklat kukus untuk dia.


Selamat Hari Jadi Kak Ton, semoga panjang umur, murah rezeki, berbahagia didunia juga akhirat serta di kurniakan kesihatan yang cemerlang..amin.. ..ini resepinya..popular resepi ni tau..

Quote:

Kek Coklat Kukus
Sumber : zaima

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur


Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan sejuk kan

dan ini pula resepi toppingnya dari naza214 fotopages...siapa lagi kalau bukan kak mis yg vogue kek-keknya tu...mmmm..

TOPPING CAKE
300 gm Cooking Chocolate
200 gm Whipping Cream
1 tsp butter

Caranya kita double boil kan whipping cream brand rich tu, tidak lama cuma berbubble..kita terus tutup kan api, cooking chocolate yang telah siap berpotong-potong kecil, kita tuangkan ke dalam whipping cream tadi, kacau-kacau sampai coklat mencair keseluruhannya dan baru masukkan butter kacau lagi..
dah siap...boleh la dituangkan ke atas kek coklat yang telah sejuk tadi...rupanya ada memacam cara untuk topping kan kek coklat ni ya..




resepinya macam kat umah cik mamu kelmarin tapi kali ni kita tak buat kecik-kecik macam jemput-jemput..he he

Quote:

Jemput-Jemput Ikan Dory
dari: Amalina dan Cik Mamu

bahan-bahannya :
1 sudu soda bicarbonate or baking powder
sedikit air sejuk peti ais
tepung serbaguna
5 ke 6 ketul ais
garam secukup rasa
kunyit sedikit bagi berwarna
minyak untuk mengoreng
sutchi filet (ikan dory)...potong dadu ya

caranya :
ambil soda dan air sejuk tadi campurkan sehingga buih timbul, kemudian masukkan tepung gaul sebati, dan sudah sedia untuk dicelupkan dengan ikan dory, jangan lupa masukkan ketulan ais dalam campuran tepung tadi ya..kata amalina, campuran tepung tersebut mesti sentiasa dalam keadaan sejuk...


kita goreng ikan dori style cik mamu, tapi kali ni kita tak potong kecik-kecik ikan tu, goreng besar-besar untuk e-one makan malam sebelum dia pergi tuition ...psst untuk kita pun ada.. mana tahan tengok e-one makan sorang kita nak cepat kita beli je kentang putar ngan kat kfc dan baked bean dalam tin tu kita curahkan je..nak rengkas-rengkas ..jom makan...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net