boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Jun-2008 03:42 Email | Share | Bookmark
Pulut Kuning dan Muffin Strawberry buat kak Limah

muffin strawberry
goodie bag buat kawan-kawan kak limah
pulut kuning siap dibungus
setiap orang dapat ne..
susun dulu nanti senang nak isi..masa cukup-cukup je..huh..
kak limah berhajat nak kasi kawan opis makan sempena dapat baby
rendang ayam
pulut kuning buat kak limah

muffin strawberry ni kita tambah chocolate chips dan inti nya di luar...


pulut kuning dan mee goreng singapora


ini setnya
satu bekas sederhana pulut kuning dan rendang ayam
satu bekas sederhana mihun goreng singapura
sebotol air mineral
sekotak air mangga
strawberry muffin bercoklat chips


thank you En Mat Gebu ...ini resepinya

Quote:

Strawberry Muffin
dari fp Mat Gebu

Bahan-Bahannya:- (dapat dalam 30 ketui)
170 g mentega
170 g gula halus (castor sugar)
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
160 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
Strawberry filling secukupnya

Bahan Hiasan:-
100 g coklat berperisa strawberry, dicairkan secara double-boiler (tapi gunakan api paling perlahan dan biar mangkuk sederhana panas untuk mengelakkan coklat bertukar warna...Tips dari Ho Ah Lin @ Chef Nor Zailina Nordin...terima kasih!!)...tapi kita tak ikut yang ini...kita masukkan chocolate chips terus dalam adunan di atas,,tapi inti strawberry kita letak kat atas...tapi lain kali kita nak taruh di dalam...coz ganggu muffin tu nak membukit atasnya..he he..experiment je aku ne...tupasal jadi rupa tu..

Cara membuatnya:-

Panaskan oven pasa suhu 175C. Putar mentega dengan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gebu.

Masukkan esen vanilla dan putar. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu segar tadi hingga habis. Gaul rata.
Sudukan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 penuh. Sudukan 1/2 camca teh strawberry filling dan sudukan sedikit lagi adunan untuk menutupi filling tadi. Isi hingga 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar selama 20 minit hingga kuning keemasan.
Keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan hingga betul2 sejuk sebelum dihias dengan coklat berperisa strawberry (jika suka).....kalu sukala kata mat gebu tu...kalu tak tiru macam saya...jangan mare ya mat..akak test power...





resepi dari fp kak liza tq kak dari dulu lagi kita mintak kak liza ajar kita buat pulut kuning ne...sabar je dia layan kita..Alhamdulillah...kita suka sangat..

Quote:

PULUT KUNING

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan] (kita buat 2 kilo untuk kak limah)
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.


1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net