MEE BANDUNG DAN TEMPTATION OREO CHEESECAKE ..MARILAH MAKAN....
jom makan
mee bandung kanda
temptation oreo cheesecake
resepi dari Chef Alex Goh
psst....cuba teka siapa masak mee bandung ne?...emmm...kena pula dengan jeruk cili hijau...aduhai...kita baru je makan tadi..tak yah makan nasi malam ni...kenyangnya... ..ok ...ok ...kanda kita yang masak mee bandung ne...tiap kali dia buat terasa sedapnya...Alhamdulillah...susah nak jumpa mee bandung yang betul-betul menjadi ... tapi yang ini...menjadi la...
kita dah hampir-hampir nak makan dua mangkuk tu..ish ish ish...hampir je .... ..hah?...resepi?...tadi kita tengok dia main tibai je..macam ida merpati66 tu... ...nanti kita risik-risik...tapi kan tangan dia lain...air tangan kita lain...
tempatation oreo ni resepi chef Alex Goh, satu resepi tapi kita buat dalam dua bekas 6 inci..satu kita hias cherry dan satu lagi kita hias dengan buahan peach dalam tin, keliling kita parut halus coklat dan ganache yang kita hias untuk menambah godaan pada cheesecake oreo tu...
Quote:
TEMPTATION OREO
Resepi daripada Chef Alex Goh
Bahan-bahan ramuan
Dasar keknya :
Dasar biskut oreo
200 g biskut Oreo yang telah dihancurkan
50 g mentega cair
Inti :
(A)
750 g keju krim
130 g gula castor
(B)
½ sudu besar pati vanilla
(C)
3 biji telur
(D)
200 g krim whipping
(E)
15 keping biskut sandwich Orep di potong suku
Cara-cara
1. Tekan bahagian dasar biskut ke dalam acuan kek springfoam berukuran 20 sm yang telah di gris. Bakar pada suhu 160’C selama 10 minit dan biarkan sejuk (Boxhouse guna 2 bekas bulat berukuran 6 inci)
2. Putar (A) sehingga gebu. Tambah (B) dan putar sehingga sebati
3. Tambah (C) satu demi satu dan putar sehingga gebu
4. Tambah (D) dan putar sehingga sebati. Tambah (E) dan kacau hingga sebati
5. Tuangkan inti keju ke atas bahagian dasar biskut yang telah disediakan
6. Bakar pada suhu 160’C selama 50 minit sehingga bahagian tengahnya sudah masak. Tutup suis dan renggangkan pintu ketuhar, biarkan kek menyejuk didalamnya selama 1 jam
7. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi pinggir dulang pembakar. Biarkan ia sejuk
8. Tutup kek dengan elok dan letak di dalam peti sejuk selama 5 jam ataupun semalaman
9. Keluarkan kek dari acuan. Tuangkan sedikit ganache di bahagian tengah kek. Letak di dalam peti sejuk selama 2 jam sehingga ganache menjadi keras.
tengok ajer mee bandung tu dah terasa kat tekak....lain kali jemput ler org sg buloh tolong habiskan seperiuk.....mmg pekena cili jeruk best giler...tgh ada ulser dlm mulut, anak tgh demam, semua demam, mood baking slow this week, hari ni makan bubur ajer
dah agak dahhh...kalo mee yg sampai meleleh air liur ni mmg bkn hasil tgn kaktun...plg tggi pun, kaktun tolong senduk kuah jerrr...muahahahaha ce kasik sepotong dua kata saya cheese cake..nak rasa...iyer sedap & nikmat...kene la rasa br leh bg approval statement tu....
>>jgn mare yer kaktun....best usik kaktun ptg2 ni...nak update FP..maleh....
kak tunnnnnnnnnnnn.... meleleh air liur ku melihat mee bandung tu... zura suka mee bandung.... sedap nyerr... bodek laa kanda kak tun tu mntk resepi...
fuyyoooo sedapnyerr mee bandung!! betui2 nampak cam pedas kaler kuah tew..ikshhh tingin laa pulak tp renyah kitlaa nk godek dia... sampai 2 bijik kek tuh nk bg saper?? mesti sedap sbb buh oreo i ni kalau oreo ker streo ker mmg susah nk tolakkk... bilaaa la nk godek ciskek nih mmg lama dah buh dlm waiting list...
Mee Bandung Tg Malim satu !!!!! Suka mbanget weiiiii........ psst : Oiikkk...takkan tak pi kot?? Tapi Rinn nampak Brownies sempoi punyer kat gambar gather gather tuuu......
Sedapnya mee bandung cik abang awak ni Tun....
Rajin awak cuba ciskek ni ye? Kita ni, tak tahulah kenapa, kalau ciskek tu, tak berapa teruja nak cuba terai test... makan, nak ler.... hehehe...
wow mee bandung
tengok je mee bandung ni
terus teringat mee bandung
kat restoran jamal bandung bersaudara
di kg baru, KL
teringat dulu-dulu kalau nak makan mee bandung
mesti my parents bawak situ
nostalgia betul mee bandung ni......
Sun 27-Jul-2008 13:58 Posted by:rawcanvas - [Link]
Mee bandung ni biasanya akak sorang aje yang makan, Anak-anak tak berapa gemar. di orang lagi suka mee sup. Kerana tu kalau teragak nak makan, beli aje kat kedai. Habis cerita. akak blum cuba buat cheesecake lagi. Entah bila lah agaknya
Sun 27-Jul-2008 15:23 Posted by:kak jie jie - [Link]
sodap'eh mi bandung..
oreo ciskek tu sampai 2..
tu mmg boto2 sodap tu..
tempting nye tgk kek ittewwwwww.....huhuhu
----------------------------------------------------------------------------------------------
jom visit my blog at www.dare2dreams.blogspot.com
tqvm!
waaahhh!! sedapnya nampak mi bandung. last saya makan mi bandung kalo tak salah ada la dlm setahun yg lepas kot bertuah la kekanda pandai buat mi bandung err...balik kang nk tapau mi bandung lah..tapi nk cari kat mana yg sedap ek
salam kak tun...wahhhh sedapnyaa mee bandung tu..cayalah kat abg..pandai masak...Fuuyooo cis kek tu, boleh menaik taraf mutu dan harga lemak kita kannn...tapi mengancamm sungguh!!!
Tue 29-Jul-2008 12:42 Posted by:ah mat gebu - [Link]
nie mee bandung nie, kalau kat muar RM3.00 semangkuk..
tengok cara pecah telur tu..memang menjadik ler tuuu
kuah pekat...lada hijau jeruk...
nyummmmmm nyummm nyummmmmmmmmmmmmmmmm....