Want your
own Fotopage?



























 
boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSE STUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Sep-2008 07:50 Email | Share | Bookmark
santapan rohani .. puasa hari ke 7

dhuha, taubat, hajat, tasbih...sedang tunggu ustazah datang..
e-one release tension lagi..saji ku di lipat..
hasil nya..jenuh ku dikerah ke kedai beli bahan-bahan..
ini kita buat, instant puff inti ayam

santapan rohani dipagi ramadhan yang ke 7

Quote:

mendidik hati dari blog http://radziahmuhamad.blogs.friendster.com/redhakuredhamuredhanya/bacaan_ilmiah/index.html

MENDIDIK HATI

Pertama sekali hendaklah kita mengikhlaskan diri kita dalam mencari ilmu Allah.
Buangkan jauh-jauh sikap syak wasangka dan sombong dalam diri..

sekarang kita mulakan...

Manusia diberi akal untuk berfikir..hati untuk merasai..
Kita diajar untuk percaya pada ketentuan Allah. Sebenarnya semua kesusahan dan kerosakan di muka bumi ini disebabkan kita tidak mahu berfikir tentang keWUJUDan dan keBESARan ALLAH.

Apa buktinya?

Buktinya kita perlu tanyakan pada diri kita sendiri.

Seandainya kita benar-benar merasai Allah itu WUJUD dan MELIHAT dan MENDENGAR nescaya kita tidak akan sudi untuk melakukan laranganNYA dan sentiasa senang melakukan suruhanNYA.
Semuanya bermula dengan iman iaitu yakin dan percaya akan KEESAAN ALLAH.

Cabarlah diri kita...apabila kita baca ayat-ayat ALLAH dan menghayati maknanya nescaya kita akan merasai suatu perasaan yang membenarkan ayat-ayat itu. Bacakanlah ayat-ayat ALLAH itu pada sesiapapun samada islam atau bukan islam. Jauh dalam diri mereka akan membenarkan ayat-ayat Allah.
Disinilah masalah yang perlu diambil PERHATIAN sebenarnya.. .

Tahukan anda mengapa setiap manusia itu akan terdetik dalam hati mereka ‘rasa’ untuk membenarkan ayat-ayat ALLAH? Inilah tanda-tanda kekuasaan ALLAH Maha Pencipta. Allah tidak menzalimi makhluknya dengan membiarkan mereka terbiar tanpa 'bekal' untuk mengenaliNYA.
Dalam diri setiap manusia itu ALLAH 'bekal'kan dengan ROH dan hakikat sebenarnya, ROH itu berasal dari ALLAH. Oleh sebab itulah setiap manusia yang di bacakan pada mereka ayat-ayat ALLAH akan merasakan kebenarannya. ..semua perasaan itu berpunca daripada ROH. Masya'Allah. ..

"Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. "
(AI-Hijr:28- 29)

Bagaimana menghidupkan ROH?

ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.
Mengapa membaca ayat-ayat ALLAH tidak mampu membuat hati merasai keWUJUDan ALLAH?
Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu berinteraksi dengan TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN.

[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL.
[38.29] (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.

Jadi, Apa penyelesaiannya?

Penyelesaiannya ialah buangkan sikap SYAK DAN SOMBONG supaya kebenaran ayat-ayat ALLAH itu mampu meresap ke dalam HATI.Seterusnya hati akan bersetuju dengan kehendak ROH iaitu membenarkan, me’rasa’i dan menikmati keWUJUDAN ALLAH S.W.T.
AWASILAH bisikan syaitan yang sentiasa menghasut hati. Gunakanlah anugerah AKAL yang ada pada semua manusia untuk berfikir dan mendidik HATI supaya membenarkan kehendak ROH untuk bermunajat dengan PENCIPTANYA.

Tanda-tanda orang beriman..

Iman itu adalah percaya pada ALLAH. Dengan percaya kita akan mampu untuk merasai KEWUJUDAN ALLAH. Apabila kita telah benar-benar memahami IMAN maka kita akan dapat lihat banyaknya hikmah di sebalik KALAMULLAH. Kita akan dapat merasai sebenar-benarnya tanda-tanda KEBESARAN ALLAH dimana-manapun kita berada dan apa-apapun yang kita lihat. Tanda-tandanya hanya dapat di’rasa’i oleh orang-orang yang berusaha berfikir dan mencari KEBENARAN.

KESIMPULANNYA.

Ceritalah apa jua masalahpun.. .PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY, MASALAH NEGARA DAN APA JUA MASALAHPUN.. .apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.

[2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

Mulakanlah dengan diri sendiri..kemudian keluarga dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH dan orang-orang yang beriman itu tidak dapat dibohongi oleh mereka yang pura-pura beriman.
Akhirnya marilah kita baca dan hayati makna Ayat dan hadith berikut :

[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Dalam sebuah hadits, digambarkan isi kandungan AL QURAN itu yang maksudnya sebagai berikut :
“Ali bin Abu Thalib r.a menceritakan bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : “Nanti akan terjadi fitnah (kekacauan)”. Ali bertanya : “Apakah jalan keluar dari kekacauan itu ya Rasulullah?”. Nabi s.a.w menjawab : “Kitab Allah (Quran). Di dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum dan sesudah kamu, hukum (peraturan) untuk menyelesaikan perselisihan di antara kamu. Quran itu perkataan yang tepat (berisi) bukan senda gurau (omong kosong). Siapa yang meninggalkan ajaran Quran, kerana takut kepada penguasa, nescaya orang itu akan dibinasakan Allah. Siapa yang mencari petunjuk selain dari Quran nescaya akan disesatkan Allah. Quran itu tali (hubungan yang teguh) dari Allah, pengajaran (peringatan) yang penuh hikmah, jalan yang lurus (benar). Kemauan tiada akan sesat apabila mengikutinya, lidah tidak akan keliru menyebut apabila menurutinya. Ahli ilmu tiada bosan untuk tetap mempelajarinya. Tiada usang kerana dibaca berulang-ulang dan keajaibannya tiada habis-habisnya. Ketika jin mendengar Quran, sampai mengucap : “Sesungguhnya kami mendengar Quran sangat mengagumkan, memimpin kepada kebenaran, lalu kami mempercayainya” . Siapa yang berkata menurut Quran, dia akan memperoleh pahala. Siapa yang menghukum menurut Quran, dia bersikap adil. Siapa yang memanggil kepada ajaran Quran, sesungguhnya dia dipimpin ke jalan yang lurus”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Hakim)


petang pula, anak bongsu kita si e-one tu buat ne ...


e-one release tension lagi.. ..saji ku di lipat...


nasib baik sempat ambil barang bukti... ...tiba kat umah nenek ngan atuk....jadi hit betul!!...sampai makcik oare terasa dah nak buat kuih raya sendiri...Alhamdulillah...


puff inti ayam ngan soup cambell buat berbuka .. mudah benar mebuatnya, intinya : ayam cincang, sup cambell, bawang besar potong dadu, mix vegetables, minyak untuk menumis ..dan akhir isi inti dalam instant pratha tu..jadikan puff, sapukan kuning telur di atas puff, bakar..hemm..faham dak?

Selamat Berbuka Puasa di bulan Ramadhan Al Mubarak buat rakan taulan sekelian, yang jauh yang dekat, yang pernah jumpa yang tak pernah jumpa, yang meninggalkan jejak dan tidak meninggalkan jejak di sini .. pohon ampun dan maaf andainya Boxhousestudio tanpa sengaja telah menyinggung perasan kalian semua...yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari hamba empunya Boxhousestudio sendiri..

selamat berpuasa utk kak tun & family.... waduh....... juadahnya... enak banget ni!!!!!!!!!!!!! Mon 8-Sep-2008 08:19
Posted by:kamalina a.k.a aimi  - [Link]
selamat berbuka buat kak tun... Mon 8-Sep-2008 11:05
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
what your breaking fast menu? So tomorrow we are sitting for an exam ek? Mon 8-Sep-2008 12:46
Posted by:zaitgha zaitgha@gmail.com  - [Link]
salam kak tun..
dah wat kuih raya nampaknyer...
sedapnyerr cornflakes madu tuh...
Mon 8-Sep-2008 12:51
Posted by:shima  - [Link]
fuyoooooo anak bujang ku punya feberet jugak tu beb ,satu kapal nampaknya ya Mon 8-Sep-2008 15:00
Posted by:Ida Isk merpati66@gmail.com  - [Link]
Rajin betul si bujang awak ni Tun....
Eeee mana awak dapat pinggan tu? Comelnya!
Mon 8-Sep-2008 15:30
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kuih raya dah siap! silap² lom sempat raya dah abis ni... Tue 9-Sep-2008 02:47
Posted by:Lee Lin  - [Link]
beskut wajib dihari raya...lg best kalo ltk badam byk2...
>>anak yg exam, teman yg rasa nak dmm lak
Tue 9-Sep-2008 08:05
Posted by:jasmeen  - [Link]
salam ramadan untuk kak tun dan keluarga, wah rajin betul anak bujang akak masak nasi goreng lagi. Tue 9-Sep-2008 14:27
Posted by:aima rizaima@yahoo.com  - [Link]
>> thanks for sharing...
>> moga kita semua beroleh manfaat darinya...
Tue 9-Sep-2008 17:30
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
salam..k.tun..heee..nak bagi homework skit kat k.tun..kat umah zuhri..k Tue 9-Sep-2008 21:41
Posted by:zuhri  - [Link]
Assalamualaikum Tun
Anak Bongsu Pun Dah Pandai Memasak.....Tentu Ibunya Dah Boleh Relax.....Hanya Memantau Jer...Tapi Budak2 Boleh Dikatakan Semua Suka Conflakes Madu Tu....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dan Bertarawikh.....Semoga Mendapat Keberkatannya...Aminnn
Wed 10-Sep-2008 04:32
Posted by:Kak Lin aslinda66@yahoo.com  - [Link]
biskut tu memang melatup nyer... budak2 memang ler berkenan sangat2222.. Tak sangka lak puff tu boleh guna sup campbell jer.. nampak cam senang jer bole cuberni... salam ramadhan... Wed 10-Sep-2008 06:44
Posted by:cho zila  - [Link]
bagus tazkirah akak ni tau..pandai anak aka buat cornflakes madu nie ek??pas nie bolehla die menolong akak buat kuih lak..senang akak dah.. Wed 10-Sep-2008 07:53
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
Salam Kak tun sekeluarga..Ramadhan Kareem//kullu sanah wantumbkhir..semoga rahmat ramadhan menyelubungi kita hendaknya..
Wah anak teruna buat kueh raya sure sedap nie..nak2 lagi yg diorng sukakan...tu baru betoi..

* akak sue buka PARAM Online., ..jeduk idea2 sifoo kt FP ler..tkderlah terror mana..tp bolehlah bantu familykan..doakan sue semoga sukses mcm akak.
Wed 10-Sep-2008 08:27
Posted by:soulha,cairo
puff lagik...menggoda sungguh. tadi pi umah ana elianas pun tayang puff gak. nak buat la....kalau rajin...selalunya malas...coz penat dok wat kukis. tempahan kena tutup kak, takut tak sempat siap plak nanti. nak datang umah kita ke...datang le. k/tun anak dara kita tgk cornflake madu tu...terus cakap...mama buat le ni... ha ko le buat...mama jadi supervisor je hehehehe Wed 10-Sep-2008 08:34
Posted by:zana hassan zanaz70@yahoo.com  - [Link]
salam..menu kita sama ler pulak..zira pun ada buat puff inti sardin ngan sekaya jugak.. Wed 10-Sep-2008 09:43
Posted by:zira  - [Link]
salam kak tun...
selamat berpesta ibadah dan selamat berpuasa
Thu 11-Sep-2008 09:12
Posted by:syazwaniadnan  - [Link]

nak makan

Thu 11-Sep-2008 19:44
Posted by:rawcanvas  - [Link]
eh eh ... awak dah buat cornflakes madu.... bestnya... kita tak dah 2 minggu beli bahan ni.. tapi tak baut2 lagi cornflake madu kita .... my Iwan dah complain dah ni ... hehe

Daalia
http://lea-oven.blogspot.com
Thu 11-Sep-2008 22:08
Posted by:Daalia lea1207@yahoo.com  - [Link]
Salam Kak Tun, terima kasih yer ana dah terima parcel tu. Terkenang-kenang bila tengok gambar mee bandung kanda kak tun tu bila la leh dapat kita merasa tu....cornflake madu tu nampak cantik warna keemasannya... Thu 11-Sep-2008 23:32
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
slm cik tun..
spjg bln puasa, selain santapan iftar, santapan rohani pn sesama kita perbanyakkan..
hebat e-one belajar masak via soalan xm..adik sy yg bongsu lelaki pn rajin bab masak memasak; resipi sendiri; kalah kakak4..
cik tun, nanti ambil ucapan ramadhan kt FP sy ye..
slmt m'imarahkn ramadhan al mubarak
Fri 12-Sep-2008 01:22
Posted by:srsfeqah  - [Link]
best nyer fp kak tun nie. dapat gak yus belajar wat brownies ngan trifle. anyway salam perkenalan... Fri 12-Sep-2008 02:23
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
Peeeeeeeeeeeeeeeeeergh baru puasa ke 7, dah ada kuih raya...sakan sungguh nie kak tun, apa pun salam ramadhan lah ya kak Tun. Fri 12-Sep-2008 04:04
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
salam kembali....
akak mai umah amik hadiah ya...
Sun 14-Sep-2008 02:45
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
kak tun...

kak tun...

kak.....

aku tak minat kuih raya
puff pun tak dulik

tapi

menjadi pujaan hati ku

tu

pinggan campbell tu mana ko dapat ?
mana ko belik tu ?
aku sukerrr
aku telah jatuh chenta
bernafsu aku tengok pinggan tu kak oiii...
tolong jawap
pertanyaan hati lelaki teruna ini ...
Sun 14-Sep-2008 08:08
Posted by:SALLEHARON salleh@starbucks.com.my
re : kita jual murah2 jer kaktun!!..
1 tray RM20..ok x kak?...wa blasah jer..janji x rugi
>>wa mau try gak inti puff tu..mcm mabelessss jerkkk...
Tue 16-Sep-2008 04:52
Posted by:jasmeen  - [Link]
Rajin tui si Ewan wat Nasi Goreng ya..Semoga dia berjaya dan tercapai cita2 nya ke Jepun nanti.Semoga sukses segalanya Tue 16-Sep-2008 09:22
Posted by:Linda linda@kaoricake.com.my  - [Link]
paberet ank kita jugak ni..cornflake madu... teringin nak buat tapi adehhhh...byk resepi tunggu turn aje ... Wed 17-Sep-2008 07:48
Posted by:maklang  - [Link]
Salam Aidilfitri buat Kak Tun Box House & family. Masih ingat pada saya lagi ker..Bestnya tgk fp kak tun nih..macam2x ada...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Tue 14-Oct-2008 05:23
Posted by:Aidah ctaidah@yahoo.com
sungguh menyelerakan dan meriah skali fp kak tun nih ...nak try la resepi ni nnti Tue 14-Oct-2008 05:26
Posted by:Aidah ctaidah@yahoo.com
http://mamabakers.blogspot.com/
www.mamabakers.com
Tue 14-Oct-2008 05:32
Posted by:Aidah ctaidah@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.