Want your
own Fotopage?



























 
boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSE STUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 25-Sep-2008 01:15 Email | Share | Bookmark
KAD HARI RAYA BUAT SAHABAT-SAHABAT

My Almond London
My Almond London versi merah
jom makan Almond London..mari la...
Quote:

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sempena ketibaan hari lebaran tidak berapa lama lagi, Boxhousestudio sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Kepada keluarga serta rakan taulan yang tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama, kerana mereka yang tersayang menjalankan tugas, iringilah doa restu buat mereka serta menerima keadaan tersebut dengan penuh sabar dan menghargai pengorbanan mereka dalam melaksanakan amanah negara.

Saya menyeru saudara saudari sekalian agar mengambil peluang semasa hari lebaran dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain sebagai tanda hormat menghormati serta saling bermaafan. Harapan saya, saudara dan saudari yang saya kasihi akan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri, bersama seluruh ahli keluarga serta sahabat handai dari pelbagai kaum, agama dan kepercayaan dalam suasana meriah serta kesyukuran.

Dalam menyediakan persiapan bagi menyambut Aidilfitri, adalah menjadi harapan saya agar saudara dan saudari tidak berbelanja secara berlebihan. Janganlah bersikap boros dan membazir, tapi berbelanjalah berdasarkan keperluan, secara berhemah serta mengikut kemampuan. Adalah lebih bermakna sekiranya wang yang ada disimpan untuk pendidikan anak-anak atau ditabungkan sebagai jaminan masa depan.
Bagi saudara dan saudari yang akan memandu kenderaan untuk kembali ke kampung halaman semasa musim perayaan nanti, amalkan sikap sabar, bertimbang rasa serta mematuhi undang-undang selain dari sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling semasa terutamanya mereka yang menunggang motosikal.

Akhir kata, saya sekeluarga sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada muslimin dan muslimat dimana saja saudara-saudari berada. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Amboi ... bunyi ucapan macam askar je...



Nanti kengkawan bawak balik kad raya ni ke rumah ya...sebagai tanda ingatan tulus ikhlas..Boxhousestudio suka naik motor..tengah perasan bawak motor Harley Davidson ne.. .broom..broomm...brooommmm...



Almond London berbaju cekelat gelap..

Almond London ngan baju raya lip lap lip lap... ...amboi MERAHnya Mak Yong...

Quote:

Almond London

bahan-bahan untuk cookies:
1kg tepung cookies (cookies mix)
2 biji telur
500 gram butter
gaul ke semua bahan dan sudah boleh di gunakan...mudahkan

inti :
buah badam
(untuk diisikan sebiji badam setiap satu pada adunan tepung cookies tadi-dibulatkan atau dibujurkan,oh ya buah badam di bakar or di sangai or digoreng dengan minyak ..pilih mana yg minat dan senang dan cepat)

hiasan:
1. coklat
(boxhousestudio guna brand "Tulip"..untuk di salut pada cookies setelah cookies siap di bakar dan dalam keadaan cookies sejuk..ini ada tips dari Maklang..masukkan sesudu besar shortening ya tujuannya supaya melambatkan sedikit proses pemekatan coklat tersebut ya.. )
2. sedikit badam yang telah di tumbuk or dikisar kasar untuk hiasan seperti dalam gambar tu..
3. mangkuk kertas yang kecil

Caranya:
Susun cookies yang telah siap di isi badam sebiji di dalam dalam tray yang telah di alas kertas minyak atau parchment paper atau griskan tray tersebut dengan shortening. Bakar dalam suhu 160 ke 170'C selama 10 ke 15 minit...kalu oven ada kipas..pasang kipas tersebut tau.. . Sejukkan cookies yang telah masak dan boleh lah disalutkan dengan coklat yang telah dicairkan mengunakan microwave atau didihkan air di atas api dan letakkan semangkuk coklat diatasnya..kacau sehingga coklat mencair .. dah cair boleh la tuang atas cookies tadi..errr faham ke? . Letakkan cookies di dalam mangkuk kertas dan susun di atas tray lalu di curahkan coklat ke atas cookies tersebut. Akhir sekali taburkan badam nibs tu, bila coklat sudah mengeras, boleh di simpan di dalam bekas yang kedap udara supaya terjamin kerangupannya. ...Selamat Mencuba

kak tun.. t.kasih bagi kad raya tu.. nanti sy gantung kat 'umah' yer
madiha pun suka gak naik motor.. tp dah beranak pinak ni.. naik motor besar tu tinggal kenangan jelaahh.. takperlah sekurang2nya dpt gak merasa time2 bercintan cintun dulu
kak tun.. madiha pun dah buat oren choc chips cookies resepi mummy jam tu.. mmg sedapkan.. tp tulah.. madiha dah kurangkan sukatan gulanya.. tu pasal rupanya dah jd lain sket.. itupun dah rasa manis bebenor dah kat lidah ni..(tau2 jelah.. kena pantang mkn manis2 skrg ni )
slmt hari raya buat kak tun & family.. mohon maaf zahir & batin dari madiha yer
Thu 25-Sep-2008 02:14
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Time kasih yerr bg kad raye tu..teman dah gantung...
Jgn lupa ambik kad raya utk kaktun lak....
>>ucapan kat atas tu kan, mcm PM pya ucapan raya thn ni
>>Slmt Hari raya utk kaktun n family...mohon maaf zahir batin andai ada tersentuh gurau senda kita..juga mohn halal dunia akhirat utk sumer ilmu2 msk yerr...
Thu 25-Sep-2008 02:29
Posted by:jasmeen  - [Link]
salam tun, amboiiiiiiiiiiiiiii balik kg nak motor besorrrrrrrrrr ya...bagus tu leh sampai cepat ke condo wa ya Thu 25-Sep-2008 02:49
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
SALAM LEBARAN N MAAF ZAHIR BATIN DRP ROZAMY KPD KTUN..SEMOGA BERGEMBIRA DIHARI RAYA KALI INI..
THANX KAK SBB DAH GANTUNG KAD RAYA SAYA..
NANTI SAYA GANTUNG KAD RAYA AKAK PULAK EK..
COMELLA MOTOR TU..
SAYA XPANDAI NAIK MOTOR..
Thu 25-Sep-2008 02:50
Posted by:rozamy amelia@pernec.com.my  - [Link]
Selamat hari raya. Lu cakap tak seruba bikin beb. puasa ni tak buat cake ke... Thu 25-Sep-2008 03:35
Posted by:unknown
VVVVVVVVVVVVRRRRRRRRRRRRRRRRRRROOOOOOOOOOOOMMMMMMMMMMM!!!!!!!
Selamat Hari Raya Kak Tun.....
Mai Ambik kad raya utk kak tun....
Thu 25-Sep-2008 03:38
Posted by:chepah chepah75@yahoo.com  - [Link]
::SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA yg tinggal beberapa hari lagi...
::SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL yg bakal tiba...
::POHON AMPUN & MAAF andai ada salah n silap,budi bicara sepanjang kite kenal...
Thu 25-Sep-2008 03:41
Posted by:aishah@ummiaqil  - [Link]
salam lebaran k.tun..mmmmmuuuaaaahhhhhhhhhhhhh..maap kalo ader terkasar terrrrr..semua k..mmuuuaaahhhhhhhhh Thu 25-Sep-2008 03:44
Posted by:zuhri  - [Link]
Salam kak tun,,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI- Maaf Zahir Batin..dari kak amal sekeluarga
T/kasih bagi kad raya...kak amal bawa balik umah ni.
Thu 25-Sep-2008 04:07
Posted by:amal5041 amalhayati68@gmail.com  - [Link]
Perghhh ganazzz nya kad raya mu Tun! Balik kampung, kalau naik tu, kalau rempit lagi, sah habis semua kuih muih tinggal serdak je kat belakang motor tu karang...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN, 0 - 0
HALAL MAKAN MINUM YE TUN
Dari MamaFaMi sekeluarga
Thu 25-Sep-2008 05:00
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Rawk ar kad raya awak tun..i like!
Kita pun sama..mohon ampon segala salah silap di sepanjang perkenalan kita. Walaupun hanya pot pet pot pet melalui alam cyber tapi rasanye macam dah dekat dihati gittew..ewahh...
Thu 25-Sep-2008 05:58
Posted by:roylazim  - [Link]
Mualaikum salam,Salam balas dari Wak Kumis Teksi Singapore FP.........

Terima kasih kerna sudi jenguk tenguk Wak punyer lah FP cara diam2 lama2 tak tahan berdiam,ini dier .....nanti kita ronda jln di sini k.

Sambil mencari makan terutama makan tulang di Beach road yg sangat popular di kalaangan orang Singapura.

Andai jemari tak sempat berjabat,andai raga tak dapat bertatap
seiring beduk yg menggema,seruan takbir yg berkumandang di pagi Raya
ku aturkan salam menyambut hari raya idil fitri
jika ada kata serta kekhilafan ku membekas lara mohon maaf lahir dan batin.
SELAMAT HARI RAYA IDiL FITRI 1429H Dari Wak Kumis.

Ketika bumi menjadi bayang-bayang surga, kedamaian dirasakan oleh semua
orang yang memiliki kebersihan jiwa dan kebeningan hati. Ketika meminta
maaf dan saling memaafkan tulus berasal dari kalbu iklhas.
Semoga fitri ini tetap terjaga sampai Ramadhan tahun depan.
Thu 25-Sep-2008 07:26
Posted by:Wak Kumis wakumis@dr.com  - [Link]
thanks kak tun for the kad raya... sukanyer nn dapat kad raya...
ni kad raya no 2 nih.. tima kasih bnyak2
psst: minah rempit rupanya.... heheheh...
ok la... selamat hari raya.. maaf zahir batin ya!
Thu 25-Sep-2008 07:37
Posted by:nn  - [Link]
Assalamualaikum Tun
Kak Lin Datang Nak Ambil Kad Raya Tau...... Tak Dapat Kak Lin Bayangkan Mcm Mana Agaknya Tun Naik Motor Tu.....Kelakarlah Tun Ni Ada Jer Ideanya.....

Apa2 Pun Kak Lin Nak Ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.....Hati2 Dalam Perjalanan Balik Kg.....Jg Rempit Yer Tun.....Ahakss
Thu 25-Sep-2008 08:26
Posted by:KakLin aslinda66@yahoo.com  - [Link]
salam..kad raya dari zira xmo amik ker? Thu 25-Sep-2008 08:44
Posted by:zira  - [Link]
SALAM AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR BATIN Thu 25-Sep-2008 09:31
Posted by:ina haslinah@celcom.com.my
tq my dear...broom BROOMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

nak gi umah jokebox aaah nak makan kuih raya hehehhehehe
Thu 25-Sep-2008 12:42
Posted by:dOd  - [Link]
salam Kak Tun, selamat beraya dan balik kg. Bila la kita nak jumpa ye ? Thu 25-Sep-2008 14:53
Posted by:Min  - [Link]
selamat hari raya. thanx for the kad raya. mari ambil kad raya dari saya juga Thu 25-Sep-2008 17:09
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
salam akak..
selamat hari raya untuk akak sekeluarga, mohon maaf jika ada terkasar bahasa yer..
tima kasih bg kad yg lain drp yg lain tu, sy suka..nanti saya tepek, insyaAllah.
Thu 25-Sep-2008 18:56
Posted by:zaiy  - [Link]

ni mcm baca watikah ucapan raya ala2 YB jekkk
kak tun i nk ucap selamat hari raya gak..
ampun maaf zahir dan batin andai kata tersilap bicara
naik motor blk kampung mmg jimat minyak, jimat tol & plg best x sangkut dlm jam..
pandu cermat jiwa selamat (cheewah mcm iklan PERODUA lak :lol_up )
Thu 25-Sep-2008 20:58
Posted by:shima  - [Link]
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin ...dtng mah kita ada kad raya untuk Kak Tun. Fri 26-Sep-2008 00:01
Posted by:masriyah  - [Link]
Warisan tradisi mengiring kemodenan
Tangan dihulur mohon kemaafan
Semoga ikatan kekeluargaan
Dan jalinan persahabatan
Kian erat dan terus berkekalan
Selamat Hari Raya AidilFitri
dan Maaf Zahir Batin dari ZIRA sepanjang perkenalan kita
Fri 26-Sep-2008 03:24
Posted by:zira  - [Link]
Selamat Hari Raya kak Tun...maisya dah bawak balik kad raya ...maisya pun selalu jadik silent reader je kat fp ni
kak tun ada sedara mara kat kuale ke? Nama TUN ni mesti dari keturunan Megat kan...opah maisya pun keturunan Megat jugak, ada susur galur dari Megat Terawis tu.
Fri 26-Sep-2008 03:56
Posted by:maisya  - [Link]
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat K.Tun sekeluarga. maaf zahir batin andai ada tersalah kata terkasar bicara gurau senda coretan selama ni. Semoga K.Tun ceria di lebaran nanti...
psst; date sept 2009 dah edit..typing error...
Fri 26-Sep-2008 04:13
Posted by:Mamasya  - [Link]
Salam Ramadan & Selamat Hari Raya utk Tun sekeluarga. Semoga sentiasa dirahmati Ilahi & gembira menyambut lebaran... Fri 26-Sep-2008 04:52
Posted by:norz  - [Link]
kak tun.. Assalamualaikum... Salam aidilfitri untuk semua. Maaf zahir dan batin dari saya.
Meh amik kad raya @ http://e-nadd.fotopages.com
"Jauh mana pun jarak kita... Lama mana pon kita tak jumpa... Kita tetap tunggu anak yang bulan yang sama... "
Fri 26-Sep-2008 06:10
Posted by:nn  - [Link]
Sis tun..mekasih tawwww..kita dah ambik nie...!! Fri 26-Sep-2008 12:38
Posted by:MamaElla  - [Link]
assalamualaikum....kak tun, makasih ek kasik kita card raya ni =D nnt kita tepek & hias kt umah kita. buat kak tun sekuarga, salam lebaran. andai ada salah silap, tersingguh perasaan selaam saya kenal kak tun ni alam cyber ni, kemaafan jua dipinta.take care ya kak Fri 26-Sep-2008 20:16
Posted by:anna  - [Link]
dont know how to bring back this card...btw..thanks and Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin Sat 27-Sep-2008 14:05
Posted by:zaitgha zaitgha@gmail.com
Salam buat kak tun...diucapkan selamat menyambut hari raya, maaf zahir dan batin...moga ramadhan yg akan ditinggalkan telah banyak membawa keberkatan dlm hidup kita, insyaAllah Sat 27-Sep-2008 16:03
Posted by:Hajar
سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير باطينن
Semoga lebaran ini lebih bererti dan mnadapat keberkatan dariNya
Saya nak bawa balik kad raya ni
Silalah ambil pula kad raya dari saya ye
Sat 27-Sep-2008 17:49
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
salam syawal utk kak tun sefamily... cak mohon maaf zahir batin kot ade tersalah silap kat mana2 ,ye... selamat beraya sakan Sun 28-Sep-2008 03:51
Posted by:cak
Salam Aidil Fitri buat kak tun...Maaf zahir dan batin yer...kot-kot ler ada terkasar bahasa terguris perasaan semasa kita bergurau senda tu....terima kasih atas kad tu..dah amik balik balik umah dah... Mon 29-Sep-2008 00:05
Posted by:Ana cake_lovers69@yahoo.com  - [Link]
Wey...Tun, raya-raya mana bole rempit beb...nanti tergantung kaki tau macam si Nabil Lu fikir lah sendiri tu heheheheh....

Nak ku ambil kad raya mu untuk di gantung ke rumah ku, tapi apa kan daya gambar tak keluar pulak berkali-kali ku buka kenapa ya ya Tun.

Salam AidilFitri untuk TUn sekeluarga, maaf zahir batin. jemput beraya ke rumah ku ya.
Mon 29-Sep-2008 01:28
Posted by:misliha misscreativecakes@yahoo.com  - [Link]
salam aidilfitri dari warga kerja eimanphotomedia Mon 29-Sep-2008 04:08
Posted by:eiman aliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
selamat hari raya geng
wahhhhhh meriahnya almond london mu itu
Mon 29-Sep-2008 05:47
Posted by:ida isk merpati66@gmail.com  - [Link]
Selamat Hari Raya, semoga gembira di hari bahagia disamping keluarga tersayang. Ampun & Maaf ku pohon jika ada tersilap atau terguris perasaan selama persahabatan di alam cyber ni...ambil lah kad raya dari akak.. Mon 29-Sep-2008 09:37
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com  - [Link]
Selamat hari raya untuk kak tun sekeluarga, ampon dan maaf dipinta jika ada terkasar bahasa atau tersasul tingkah laku yeaa..... Mon 29-Sep-2008 17:57
Posted by:Ah Mat Gebu  - [Link]
salam aidilfitri Tun, maaf zahir dan batin. Hari ini baru dapat angkat muka. Pasti dah redi ngan kuih2 atas meja kan??? Tue 30-Sep-2008 01:53
Posted by:kakmOn  - [Link]
salam hari raya aidilfitri dr saya dan keluarga.. Thu 2-Oct-2008 15:52
Posted by:azmieibrsa azmieibra@yahoo.com  - [Link]
>> salam aidilfitri buat semua...
>> moga bahagia di hari mulia...
>> maaf bermaafan sesama kita...
>> tanda ingatan mekar sentiasa....
Thu 2-Oct-2008 17:49
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Salam Kak Tun,

Syawal disambut dengan gembira,
Saling berkunjung meriah suasana
Salam kemaafan sesama dipinta,
Semoga persahabatan terjalin selamanya...

Salam Aidilfitri buat Kak Tun sekeluarga...
Fri 3-Oct-2008 04:17
Posted by:Sabrina  - [Link]
salam syawal lak
cepat2 update gambar2 raya ya
Sun 5-Oct-2008 14:23
Posted by:ida isk @ Ida Bakery merpati66@gmail.com.my  - [Link]
Tun, siapa yang draf ucapan selamat hari raya awak tu ye? Boleh jadi sekretari YB la... tak pun, sket hari lagi, leh jadi YB terus. Ucapan dia menten semacam la... hehehee... jangan mare aaa.... gurau senda di hari raya! Mon 6-Oct-2008 10:47
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
kak, ucapan kat atas tu mcm Utusan Perdana Menteri la pulak... hehehe...
selamat hari raya + maaf zahir batin
Tue 7-Oct-2008 02:31
Posted by:Lee Lin  - [Link]
ucapan panjang berjela...ku baca pendahuluan ngan penutup je... bila nak kasi ucapan kat umah kita lak... kalo singgah sri gombak jemput mai umah ye. tapi kabor awal2 le... Tue 7-Oct-2008 02:48
Posted by:maklang  - [Link]
buat almond london byk2 tu dah abih kerr?? kalo byk lg, leh ler teman ngendeng...teman kene buat kuih raya balik ler..ari tu pya dah abih angkut blk kg...udohnyerr, blk cni teman x berkuih Tue 7-Oct-2008 04:45
Posted by:jasmeen  - [Link]
salam kak tun.. masih beraya lagi ker nak gak tengok gambor2 raya Tue 7-Oct-2008 09:16
Posted by:MaDiHa  - [Link]
ok jew........camat ari raya...... Sun 9-Aug-2009 12:35
Posted by:unknown minney_cutez@yahoo.com.my
tak,ada kuih lain KE. Sat 12-Sep-2009 03:47
Posted by:siti sollehah bt amran sitisollehah@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.