Want your
own Fotopage?








 
boxhousestudio@gmail.com 012-669 2939 tanjong malim

By: BOXHOUSESTUDIO BOXHOUSESTUDIO

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Nov-2008 01:25 Email | Share | Bookmark
MUFFIN, BROWNIES, SHORTBREAD, BISKUT BADAM

Muffin ni masa moreh Boxhousestudio kelmarin
Cheese Brownies untuk Yati yg mengidam
Shortbread untuk Oare, dia nak kasi hadiah Raya kat kawan dia
Biskut Badam masa Raya Puasa kelmarin

Chocolate Chips Muffin (dulu kita buat kita tambah serbuk chocolate..muffin ni favourite anak-anak mamafami, kita pun nak pikat Rizqin jugak kalu bercoklat chip dan rupa coklat dia suka sangat.. )

muffin ni kita buat masa moreh ramadan yang lalu..tak sempat upload ke fp..kita saja buat muffin ni rendah sikit ..kalau nak nampak gebu dan membumbung, isi penuh mangkuk kertas tu, lain kali boxhousestudio cuba lagi...sebenarnya kita suka tengok maklang ulampegaga punya muffin, gebus ...selalu kita orang bubuh 3/4 batter dalam mangkuk kertas tu, lepas ni nak isi penuh-penuh, jangan bimbang tak melimpang, cuba la.. resepi dah ada sebelum ni tapi yang itu kita tambah serbuk coklat...carilah...alla gambarnya yang dekat tepi taman tu..



Raspberry Cheese Brownies (dulu kita tukar kepada Blueberry Cheese Brownies...susah nak cari Raspberry waktu tu..kali ni kita buat separuh adunan)

brownies ni boxhoustudio pernah buat sebelum ni...tak silap nama empunya resepi nya Amy Beh or Amy Heng..ha selalu tersasul nama-nama dia orang berdua ni...resepi Amy Beh selalu di siarkan dalam suratkhabar Star setiap hari selasa rasanya...ok kali ni boxhousestudio buat separuh dari resepi yang di beri...resepinya pun dah ada cari la ya.. ...Amy Heng la..


Shortbread

kelebihan shortbread buat sendiri ni bila kita boleh pelbagaikan reka corak hiasan di atasnya, kali ni boxhousestudio buat shortbread corak abstrak, adik ipar boxhoustudio yang bernama oare tu suka design cam gini...dia kata dia nak kasi kawan buat hadiah hariraya kelmarin




Biskut Badam

Resepi biskut badam yang boxhousetudio cuba kali ni memang hit...sebab hit bila mak boxhousestudio suka sangat...Alhamdulillah....dan bukan mak je...adik ipar, Lina yang mak dan ayahnya tinggal di Jengka pun ambil resepinya...mak Lina memang orang yang rajin ke dapur..kalu raya kek yang di buat memang sedap-sedap, kalau musim khenduri kahwin pula segala jenis kerepek sumenya sedap dan rangup..ha tu dia...meh sini nak kongsi cerita lagi, mula asal dapat idea nak buat biskut badam bila tengok resepinya mudahlah sangat..pastu tak sangka la pula dapat banyak..itupun boxhousestudio buat tebal-tebal biar cepat selesai....psst..boxhousestudio tak de pembantu da...
ok ok ... resepi ni dari sorang kakak kat dalam alam cyber ni..rasanya dia duduk kat singapura...dia la cerita ... adik-adik katanya...buatla sedap...tiap-tiap tahun ramai orang menempah darinya...dan biskut ni dah sampai ke luar negara..inila juga buat menambah nambah rezeki menghantar anaknya duit yang tengah belajar kat luar negeri waktu tu..nanti boxhouestudio cari kat mana boxhousestudio jumpa site tu...tengah berfikir ni meanwhile tengok hasil kerja tangan boxhousestudio dulu k.. tak jumpa la site sebenarnya yang boxhousestudio pergi...jadi tak dapat nak tunjukan kata-kata dari kak intan sendiri..masih mencari...tunggu...sambil tu tengok resepinya dulu dari My Resipi.

Quote:

Biskut Suji Badam Kak Intan

Bahan-bahan ( 120 biji )
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
secubit garam
Minyak makan secukup nya (sewaktu D buat anggaran dalam 2 3/4 - 3 cawan minyak)
Cara-cara Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak.

Kata D dari My Resipi "Resipi dari Kak Intan. Banyak kali D telah mencubanya. Biskut masuk mulut terus cair best nih... Resipi ini agak muai jadi jika nak buat boleh buat setengah adunan.. "..tapi boxhousestudio buat full..lahap ...tak la nak kasi mak, mil, diri sendiri...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net