ha ...boxhousestudio masih buat muffin lagi..even semalam pun buat muffin juga muffin pisang..bukan apa seronok tengok apa yang dibuat menjadi dan naik bumbung...resepi pun bagus-bagus..yang muffin kelapa ni masa gi melawat fp rinnchan..katanya sesuai untuk orang tua-tua ...tapi sebenarnya orang muda pun suka...yang buat lagi sedap tu boxhousestudio rasa sebab ada bubuh 200 ml santan kelapa kotak ....tu yang buat lemak tu.. .jom tengok resepi....
Quote:
MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com
Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
baru nk komen yg bwh tu....dah kuar plk muffin yg kat atas....camna ni...cargas betul box houstudio ni meng update...berderet2 ....nk rasa satu bulih....
wa geram tengok muffin orang menjadi... apsal la wa buat muffin jadi kapkek tak kembung tp bila kata nak buat kapkek, dia kembung macam muffin... bhs, meh dtg sini ajar kita wat muffin boleh?
Maafle, lembab betul sy nak dtg ziarah dan menghubungkan silaturrahim. Hish...sy nie mmg mcm biskut...kejap ada, kejap takde. ANyway, thanks for dropping by my site (*blush* *blush*) dan hopefully, kita akan lebih menjalinkan ukhwah menerusi i-net nie..hehehe
Wah...best btul, akak mmg terer memasak. Sy nak jadik anak murid ok tak?
Kirim salam kat Mak Uteh & Pak Uteh...Akak pulak bila nak ke Ipoh? Singgah le ke rumah.
Salam Kak Tun... Thanks coz introduced kan Bel pada Linda aritu. Cupcakes nye pn dh antar dah. Entry nye pn Linda dh update. Thanks lg skali kt akak...
wahhhh muffin pandan ni lagikk!! mmg aritu i wat 1/2 adunan x cukup...nampak gaya kine wat lg nih!
sedap kan kak tun..harum semerbak bau pandan ni bila kuar oven... yum yummmm
fuh,domam muffin pandan..hekhek..kak shima tu domam ado makno kot tu ..eden buek muffin tu dapek 8 cup jo, nak lotak dalam mangkuk tingkat jiran (nak baleh ler konon2nya), tp ghupo2 eh baleh ke poghut omak, abah n adik den..hakhakhak..apo lak kak tun tak singgah bahau lak maso p senawang aritu? tu la, eksen bona, kan dah tak ghaso dah lauk daging salai den..laen kali singgah yooooooooooo